Jumaat, Februari 19, 2010

Nasi Goreng Sambal

www.tips-fb.com
Harini layan menu sempoi jer...rasa nak bermalas-malas pulak nak dok dapur lelama.....Hb gi kenduri kawin...malas nak ikut cuaca panas terik ni...jadi sang isteri pun pilih menu sempoi pilihan hati...anak2 plk suka layan menu sempoi mcmni ni..janji perut dah diisi...petang nak gi keluar plk...jom layan menu owang malas ni....

Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi
Sayur kobis secukupnya
Semangkuk udang - dibuang kulit
2 keping isi ayam - dihiris
3 biji telur
garam dan perasa secukup rasa
daun bawang/daun sup dan bawang goreng utk taburan

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2cm belacan
segenggam udang kering

cara:
  • kisar semua bahan2 kisar kecuali udang kering sehingga halus
  • kemudian barulah di masukkan udang kering dan kisar sekejap sahaja jangan halus sangat
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau
  • Masukan isi ayam.Biarkan masak sekejap dan diikuti isi udang
  • masukkan garam dan bahan perasa secukupnya
  • Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur dan gaul secara scramble
  • masukan nasi dan gaul rata
  • akhir sekali masukkan kobis dan gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tutup api
  • angkat dan hidangkan dengan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng
Share |

1 ulasan:

mamawana berkata...

Lovelicious....lapau....bak mai sepiring..