Dah lama teringin nak buat serabai ni....baru petang ni hajat kesampaian...nak beli,tak pernah jumpa pulak kat sini...kalau kat negeri Melaka mungkin senang nak jumpa kot..sbb Che Mat kata kuih ni asal dr sana...dah ramai gak yg buat serabai ni..mula2 kat umah Mamafami..merebak virus keumah Hana...umah Che Mat...umah Along Roz kat Seghawak tu..ada lagi kot..kat umah Along dia guna acuan khas utk kuih ni bolih masak sampai 4 keping sekali...akak guna kuali non-stick yg comel lote 4 inci yg selalu anak wat goreng telor tu mcm mamafami punya...yg takde acuan ni terpaksalah pakai kuali masak sekeping2...punyalah jenuh nak menunggu...tapi olih kerana semangat nak makan serabai ni dah membuak2,redha je lah kan...resipi ni amik kat umah Che Mat..kat MyR pun ada gak...tq Che Mat...
BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa
BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
- UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!
5 ulasan:
salam kak zai...wahhh serabai,sedap ni...selalunya time balik kg je jumpa kuih ni..nak buat tak pandai...tak de resepi ke kak...
salam kzai..wah dah sampai rumah kzai dah serabai ni..cm belum cuba lagi
salam kak, kat sini pun mcm tak nmpak je serabai dijual. nak buat, mcm tak rajin lagi.buat2 nanti, yg makan sy je sorang, tu yg malas.hehe
hai3.... menu ni terasa nk mkn bla tiba bulan poser. Perut ni t'ingin mknan masa kecik2 d bulan poser ni la... g carik kt pasar ramadhan Jln Raja Alang sbb org melaka ramai di kg baru.... Memang resepi asal dr melaka, tp dlu2 selalunya bley jumpa bla ada org meninggal jer..........
pasai apa kuih ni ada orang panggil kuih mayat ekk?
Catat Ulasan