Isnin, April 12, 2010

Triffle

www.tips-fb.com
Ni wat dessert lagi...jgn jemu tgk ye...bila cuaca gini,tekak tu nak minta yg menyejukkan jer...triffle ni buat semasa ada sikit jamuan keluarga...buat dua bekas ni,tapi kastad ganti dgn vanila flan jer..nak cepat,campur je dgn susu segar dan didihkan kemudian curahkan atas swissroll...rasa nya pun lagi sedap dan lemak2...selalu wat main agak2 dan campak je..kalau nk senang meh tgk resipi dr K.Liza...tq K.Liza

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard *
3 sudu besar gula *
3 cawan susu segar *

Nota:
Yg bertanda (*) ganti dgn 120 gm vanila flan + 1 litter susu segar (didehkan atas api)

Cara:
1
. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Share |

7 ulasan:

kaksu berkata...

salam kak zai, sedapnya trifle tu... psstt leh tanya camner rupa vanila flan tu yek... hehe tak taulah..

Yat Maria berkata...

salam K Zai..

kak Yat ada vanilla flan tapi tak tau nak buat apa..so kiranya boleh buat ni eh..tapi nak kena cari swiss roll dulu..nampak sedap sgt...habisla diet cam ni..he he

Datin El berkata...

salam kakzai ..nak buat jugalah ..t.ksh ye kak zai bagi idea.

Tanpa Nama berkata...

salam kak zai...wahhh bestnya kalau dapat makan trifle kak zai ni...mesti sedapkan...

shima27 berkata...

sedapnya trifle kak zai..panas2 gini kalau dpt trfile sejuk2 nyaman sungguh anak tekak! nak2 mmg org tgh sakit tekak pun adeiii~~

zana @ ros hassan berkata...

rajin le k/zai ni...lepas satu menu, satu lagi timbul...triffle smtg yg zana tak pernah wat...malas kot...coz byk keja hehehe

nadja berkata...

nyum nyum