Khamis, Julai 01, 2010

Birthday Cake

www.tips-fb.com
Buat kek birthday ni khas untuk sicomel yg tersayang....first time guna edible image pd kek...resipi dr sweet4ever@MyR ...tapi c&p dr dapur Hana..tq

Bahan-bahan - (akak buat dua adunan)
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh choc emulco
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna coklat
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Bahan-bahan
  • 120g butter
  • 250g cream cheese - hana buat tk smpai 250g sbb tak cukup! heeee...
  • 120g icing sugar - hana kurangkan 100g jer.
Cara-cara
  • pukul semua bahan sampai putih n soft.
  • sapukan terus ke atas kek. atau masukkan ke dalam piping bag utk deco corak2 atau bunga.

Share |

3 ulasan:

FiDa@aMiDa berkata...

salam kak zai

wah bestnya cake...ada gmbr upin ipin lg..kalau budak2 ni tgk sure suka :)

ain berkata...

salam kak zai...happy bday utk anak akak. Hari ni ke..?? klu hr ni samalah ngan bday anak saya honey. Bestnya ada ibu yg pandai buat kek sendiri utk bday anak2. cantik pulak tu. saya pi main beli je kak.hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

bertuahnya badan pandai buat birthday cake cam ni..