Isnin, Julai 05, 2010

Blueberry Streusel Muffin

www.tips-fb.com
Mari kita layan muffin dr tanah seberang ni...dek kerana teruja nak mencuba resipi ni..akak beli juga blueberry fresh ni...walau pun harganya agak mahal berbanding yg filling punya...sll kalau jumpa buah ni belek2 je..yelah mcmana kata tak mahal..100 gm lebih sikit je,harga nya dekat rm10..barang import lah katakan...lain lah kat negeri sejuk tu kan..mesti lah murah...dh lama intip resipi ni dr umah Hana..dia plk tayang dan tabor2 buah berry ni..tu yg tak blh tahan ni..resipi asal dr buku resipi kiriman Deetha yg tinggal kat semarang yg peramah tu dan Hana berkongsi resipi ni disini plk...tima kasih kedua2nya ye..kalau akak mmg dh pusing kepala nak translate kan bahasa tu...

Bahan-bahan
  • 400g tepung gandum
  • 250g gula - leh less
  • 2 biji telur size L
  • 200ml susu segar@cair
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 100g mentega tawar sejuk - potong dadu
  • 30g mentega - cairkan
  • 200g blueberry segar @ leh gune blueberry filling sbg inti
  • 1 sudu makan parutan kulit lemon

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah. Sediakan mangkuk@cup dan muffin tray.
  • Campur susu dan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk.
  • Mangkuk lain, campurkan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul rata. Masukkan mentega sejuk dan hancur2kan seperti breadcrumbs.
  • Ambil 150g campuran tepung tadi ke dalam mangkuk lain. Percikkan mentega cair dan kacau menggunakan garfu hingga sebutir-sebutir seperti breadcrumbs. Mentega cair tk perlu semuakan jika sudah mencukupi. Ketepikan.
  • Masukkan bluberry dan juga kulit lemon ke dalam baki adunan tepung. Masukkan pula campuran susu dan telur tadi. Kacau menggunakan spatula@senduk kayu asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam cup hingga hampir penuh. Taburkan dengan tepung serbuk breadcrumbs tadi. Bakar selam 20-25min atau hingga masak.
  • Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  • Hidangkan hangat.

Share |

6 ulasan:

LENDANUAR berkata...

salam kak zai...huh..muffin mu mencengkam jiwa kalbu ku....x tahan tgk.apatah lagi sedap bila dimakan.....ada lagi x?

Ayu berkata...

salam kak zai,
cantiknya muffin akak tu..
betul2 cantik crumblenya

ain berkata...

salam kak zai...sedapnya bberry muffin akakkkkk!!! cantik lagi. nak sikit!!!

ummiross berkata...

Salam

Cantiknya muffin tu,mengancam betul..kecur air liur ni..

Inspirational Jewelry Wholesale berkata...

Huh bestnye...nak cuba jgakkk (^_^)

Hann berkata...

Comelnya muffin! cek suka..
Akan try di satu ketika yang tak tau bila.. :))