Ahad, Julai 11, 2010

Mee Rebus Udang ala Singapura

www.tips-fb.com
Salam semua...mari jamu mata dgn mee rebus udang yg sungguh enak ni...nak ajak2 ayam mee dah habis...mee ni wat hari sabtu baru ni...nak posting awal2...tnet asyik wat hal je...resipi ni amik dr dapur Mamasya...resipi asal dr CMG@MyR...memang tak rugi mencuba...cukup rasa segala2 nya...ni lah mee rebus yg menepati citarasa selera...sgh puas hati...rasa nya lain kali akan menyusul lagi resipi ni selalu...tq semua...


Bahan-bahan ( 5 orang )

* 500 g mee kuning
* 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
* 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
* Limau kasturi secukupnya
* Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
* 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
* Hirisan cili hijau dan merah
* Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
* 250 g udang sederhana besar

* Bahan-bahan untuk kuah:-

* 3 ulas bawang putih*
* 6 biji bawang merah kecil*
* 1/2 cm halia*
* 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
* 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
* 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
* 1 batang serai, dititik
* 1 inci lengkuas, dititik
* 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
- kita guna 5 ketui kentang tp saiz kecik
* 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
* 1 biji tomato, dibelah empat
** gula kita gantikan dgn gula melaka




Cara-cara:

1.Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan

2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.

3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)

4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

Share |

4 ulasan:

izahdaut berkata...

alamak..saya pun tak sabar nak cube mee ni..sedap tul nampaknya kakzai. saya ada masalah betul kalau masuk blog akak..slalu tak leh lama..ada malware detected..tak tau napa..tapi sekejap terus keluar merah..ni dah merah dah..tapi komen boleh tulis la

ctpayong berkata...

salam...terima kasih. leh tambah koleksi juadah berbuka puasa utk the coming ramadhan.

maz berkata...

kak..duk mencpon ke tu..hehe..kita pun stiap mgu mkn mee rebus..tpi kedai pnye la..ada 1 warung tu jual..cdpnya mee rbus dia..kita dah jdi cstmer tetap..nk buat sdri cma kita sorang je yg mkn..anak2 xmkn mee2 ni..tu yg baik bli je kan..ckp org mls la ni kak..hahaha..

Ida Ddapur berkata...

slmk,zai...sedapnyer..mee tu,feberet ler kalau b'kuah2 ni..nanti leh cuba TQ