Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah - akak guna gula pasir
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air
Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
secubit garam
Sedikit pewarna hijau,kuning dan merah - tmbh sendiri
1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.
Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...
6 ulasan:
salam kak zai!! lamanya tak singgah umah akak ni la. mesti syok buka ngan bubur candil!
Salam kak zai! sedapppppnyerrrrr bubur candillllll, best ni hirup sejuk2 :D tp skrg kita tgh cuti2 lah kak zai tp nak buat jugak :D ehehe...
salam kak..
wow sedapnya bubur candil tu,,,
di seberang candilnya warna-warni yaa...
hehehehehe
kalau di Ina warnanya coklat je..
tapi sedapnya sama kan? hehehe
nasib baik singgah sahur kalu singgah tengahari mau terliuqq akak..hehe ..cantik tol kala depa tu dok dalam santan nampak berseri..
salam kak cantik menawan sicandil yang berwarna warni tu
salam kak zai,
sungguh cantik presentation akak tu..very nice!
Catat Ulasan