Khamis, September 23, 2010

Butter Bread pudding

www.tips-fb.com
Dessert ni wat masa nak gi beraya umah SIL di Seremban minggu lepas baru ni...akak bawak butter bread pudding ni dgn Oreo cheesecake yg dibwh tu sekali...dah pernah wat dulu bolih tgk disini...resipi dr Yani@MyR..tq Yani dh ulang kali wat dessert ni...mmg sedap...wat cuci2 mulut lps makan...


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

7 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai! kalau mcm tu kita pun nk tumpang makan dessert akak tu kat sini :D tp lg suke kalau kismis byk2 akak jgn lupa letak xtra kismis tuk kita ajer taw! hihihi

Ayu berkata...

salam kzai,
wah sil buat open house, kzai, supply dessertnya ya..kita buat open house, satu dessert pun orang tak supply...kalau dekat mesti akak supply kat kita kan..hehehe..jangan marah ya kak..joking ah!!..haha

marinahunny berkata...

trima kasih kak kongsi resepi ;) i likeee!!!

Azian Elias berkata...

Salam,

saya suka sangat bread puding..Boleh lah cuba recipe you..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Kite ponnnn suke bread pudding.... nak beraya jugak :)

Ijan

Corat Coret Ain berkata...

kak...mintak izin amek resepi...(^_~)

nurmisnan berkata...

salam DJ
alamak.. sedapnya.. balik JOHOR
nak cuba buat untuk mak.. mesti dia suka

thanks for d recipe kak DJ