Ahad, Januari 30, 2011

Blueberry Chilled Cheese Cake

www.tips-fb.com


Seharian hari ni hujan memanjang hingga kemalam...bila tengok berita kt TV banyak negeri yg dah banjir....entah mcmana kalau terjadi kat diri kita kan...kesian mereka dgn anak2 yg masih kecil...dalam hujan2 diluar...hari ni memprojek kan cheese cake plk...dah lama benor tak mencheese kek..sesekali teringin plk tekak ni dgn rasa kek yg masam2...blueberry filling mmg dah lama bertapa dlm petiais.Non bake cheese cake ni ubah suai dr resepi black forest cheese cake yg pernah dibuat dulu bolih tgk kat sini...cuma tak letak pitted black cherries dan ada ubah suai sikit tentang kuantiti bahan2 nya...akak letak resipi sekali lagi disini...abaikan gambar yg berjalur2 ni ye...kamera ni dah meragam plk dah...nak mintak DSLR kot...hahaha..


Blueberry chilled Cheese Cake

Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan A:
180 gm biskut mudah hadam - akak guna 12 keping biskut disgestive
95 gm mentega
Loyang springform 6 atau 7 inci- kalau guna 8 inci kek jd nipis sikit

Bahan-bahan B:
100 ml krim putar(whipping cream)
100 gm/ml low fat blueberry yoghurt
250 gm krim keju
120 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin "halal"*
100 ml air panas*
- *campurkan dan kacau hingga jernih...sejukkan selama 5 minit

Topping:
200 gm blueberry filling - pilih yg ada biji2 blueberry
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"



Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 6-7 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan dan kacau rata.- akak panaskan dlm m/wave
  3. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat kemudian campurkan yoghurt dan gaul sebati.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra + yoghurt tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim putar + adunan yoghurt keatas adunan biskut dan ratakan.Kemudian sejukkan semula dlm petiais selama 3-4 jam. Bila dah dikeluarkan hiaskan dgn topping untuk dihidang.
Untuk Hiasan:
-Satukan gelatin dgn air panas dan kacau hingga gelatin larut kemudian satukan dgn blueberry filling.Kacau rata dan bolih digunakan utk menghias atas kek tadi.

Share |

16 ulasan:

whitecappuccino berkata...

ni yg tak tahan tengok cheese kek..sib bek tak ngidam huhu.sedaaaapnyerrrrr!.

fara dean berkata...

amboiii..sedappnya kak...
tak tahan tgkkkk..terliur sungguh ni!!

Nieza berkata...

wah sedapnya! terguda tul la kak mlm2 singgah dapur akak ni...rasa mcm nk ngap jer ni...hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Emmmmm memang yummy..yummy favourite saya, terliur tenguk blueberrynya.

hana berkata...

tahniah kak menjadik! kite nak ciskek tuh leh tak?? ader dua buku cis igt nak mengcis jugak... ms bli tak hingat! dah byk sampai lupa nak buat.. haha....

Deliah's Deli berkata...

assalamualaikum kzai..cun,cantik,lawo...kecur mnengok :p~

cikmanggis berkata...

oooo teringinya.Dah lama tak buat cheese kek.nampak sungguh sedap.

kakchik@ella berkata...

OMG kak zai, looks so beautiful, rasanya pasti yummy, kan.

Siti Mariam Hussain Zaki berkata...

salam kak zai,sedapnya cheesecake akak nih,mariam suka sgt makan,tp tak pernah buat,asyik2 beli je...bilala nak sampai seru try buat kek nih pulak.. :)

NoorMasri berkata...

perghhhhh...ngancam abis !

umi berkata...

salam kak zai.amboi menggoda sungguh cickek ni! tak tahan tgk lelehan topping tu...emmtgk gambar pun dah terasa kat tekak hehe..
saya dah try kek coklat kukus tu fuhh mmg mabeles! tiap2 hari rasa nak buat kek kukus tu..

Yatie berkata...

Salam KZai,
Mmng buat Yatie terliur jek tngk cheese cake akak ni...nak..nak..nak..

Cho Zila berkata...

isyh memang sedap banjir di luar tapi banjir gak kek ni ngan toppingnyer...

zura emylia berkata...

telan air liur nengok...sedapnye..nk cube lah...:)...thanks...

Nur Misnan berkata...

salam kak zai... adusss
awat tak posto ke sini..
nangis tgk cheese tuh... yummy

kakchik@ella berkata...

aduhhh kak zai .. sungguh tak tahan tgk cis kek nih. terliur!!