Jumaat, Januari 07, 2011

Crabstick In Puff Pastry

www.tips-fb.com

Hari cuaca mcm suram2 je..kejap matahari bersinar..kejap mcm mendung,takut gak nak menjemur kain diluar..alih2 kang tiba2 merintik je hujan..kdg2 tak tentu masa dia nak turun,kadang pepagi kadang petang...kita yg asyik menjenguk keluar,kdg tak kedengaran hujan turun..time cuti2 ni kalau hujan bolih tarik selimut semula..ehhh..lps solat subuh lah sambung semula...

Ni pepagi buat sarapan ni je..keje pun senang, keluarkan je dr peti yg sentiasa setia menyimpan khazanah dapur tu...sebenarnya malas nak membuat inti2 bagai.Hari tu ternampak kt dapur Mat yang menyambut hari lahir hari ni...slmt hari jadi Mat..semoga lagi byk menghasilkan resipi2 yg melatopsss...tu yg dpt idea mencuba yg mudah2 je ni..bahan2 pun dah ada...makan panas2 dgn sos cili mmg juling mata...hahaha...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

Dah ready utk pembakaran sebelum menyapu kuning telor...
Share |

9 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam kzai...mmg best ni - senang n sedap!

K.Nor berkata...

wahhh dah siap tayang! hehe

Mas berkata...

kak zhai..cantiknya puff akak....sedapp ni...

Yatie berkata...

Salam Kzai,
Dah lama berangan nak buat puff ni...asyik tertangguh je...pasni nak kena wat gaklah...anak2 mmng suka crabstick tu....terliur je tngk puff akak..

cikmanggis berkata...

salam kzai..lama tak singgah kat dapur kzai ni..wah cantiknya puff..menggoda la..tambahan dihidang dalam pinggan yang sangat cantik..sungguh menarik sekali.Insyallah nak cuba juga lah..

Nieza berkata...

salam kak zai, wah kat sini lagi best ada puff ni....cun lak tu..adehhh terliur lak mlm2 ni...hehe

Achu berkata...

wah.....menguji kelaparan ni...haha

LinRosLy berkata...

Salam Ziarah Di Pagi Minggu...

Berselera Tgk Puff KZai Ni...Cantik..

Nur Misnan berkata...

hohoho... yummy n superb puff