Ahad, Januari 02, 2011

Soto Madura

www.tips-fb.com
Dulu selalu makan soto ni kat kantin ofis...sbb tukang masak nya orang seberang,mmg kuah soto ni bersantan.Sekarang ni dah lama tak jumpa soto ni...sedap soto ni sbb ada kelainan dgn rempah ratus nya.Bila ternampak kt dapur Yatie@Sinar kehidupanku...teringat semula akan keenakan soto ni...resipi pun dh ada..apalagi terus kayuh kedapur...ni pertama kali mencuba wat soto ni...mungkin feberet orang diseberang..ni kena tanya deetha...org kt sana lagi byk rempah ratusnya seperti guna cekor memasak soto.tima kasih pada yatie share resipi ni...akak c&p disini ye..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 12, cuci dan toskan
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.

  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 s/k lada putih/sulah- di tumbuk halus
  • Garam dan sedikit gula..
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya

Cara Penyediaan.
  1. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik.
  4. Kemudian masukkan santan, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

Share |

4 ulasan:

AMMAR YASIR berkata...

sedapnya...... nak boleh?

Mas berkata...

mas dah buat soto madura, memang sedappp...terliur lak tengok soto akak ni...

whitecappuccino berkata...

Soto!! salah satu feveret ku!

Yatie berkata...

Salam KZai,
Wow menariknya set soto madura akak...tq sudi mencuba resepi ni....sedapkan..