Bahan-bahan
- 1 ekor ayam – dipotong 12, cuci dan toskan
- 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
- 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
- 4 cwn air atau secukupnya
- 3 batang serai – dititik
- 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 8 ulas bawang merah - dikisar
- 5 ulas bawang putih - dikisar
- 1 inci kunyit hidup - dikisar
- 1 inci halia - dikisar
- 1 s/k lada putih/sulah- di tumbuk halus
- Garam dan sedikit gula..
- sambal kicap
- Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
- Hirisan daun sup
- Bawang goreng
- Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
- Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
- Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik.
- Kemudian masukkan santan, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
- Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
4 ulasan:
sedapnya...... nak boleh?
mas dah buat soto madura, memang sedappp...terliur lak tengok soto akak ni...
Soto!! salah satu feveret ku!
Salam KZai,
Wow menariknya set soto madura akak...tq sudi mencuba resepi ni....sedapkan..
Catat Ulasan