Isnin, Februari 21, 2011

Fettuccine Goreng dengan Sos Pasta

www.tips-fb.com


Petang semalam punya minum petang baru sempat nak posting...selalu wat speghetti bolognaise guna sos pasta (Prego)...dah jemu plk rasa nya nak wat gitu...kali ini cuba wat fettuccine goreng guna sos prego tumis dgn sedikit cili kisar...sedappp!!!.... omputih kacukan melayu..ada rasa pedas2...lebihkan seafood dan bahan2 pun ikut yg ada dirumah je...makan ni langsung tak makan malam dah..kenyang sampai kemalam.



Fettuccine Goreng dengan Sos Pasta

Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan :
200 g Fettuccine, direbus hingga lembut dan tos
2 camca besar minyak zaitun (olive oil) atau minyak biasa
1/2 biji bawang besar dicincang
2 biji bawang putih, cincang halus
3 atau 4 sudu besar cili kisar- ikut kepedasan masing2
1 biji carot, dihiris halus
1 botol sederhana sos pasta jenama Prego
1 mangkuk udang sederhana besar, dibersihkan
1 mangkuk lala
1 cawan hirisan daging ayam
1 bungkus kecil crab stick - potong2 besar
garam dan sedikit gula







Cara-cara :

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga harum dan masukan hirisan daging ayam,udang dan carot,tumis sebentar dan masukkan sos pasta (Prego) dan sedikit air, tambah garam dan gula secukup rasa.Kacau hingga rata.
  2. Masukkan lala dan crab stick, kacau sebati dan masak sekejap dengan api kecil, masukkan fettuccine tadi dan gaul rata2 dan rasa garam dan gula nya... sedia dihidang panas2.






Share |

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Tu dia tergolek golek lauk sampai tak nampak dah fettucine nye... best neh lauk manyak :D
Ijan

cik ain | sweet thots berkata...

kak zai ... mau x sedap ni... lambakan seafood tu.. nyum, nyum ;P

Mama Hanim berkata...

perhhh..dasat btul..mabeless tu..nak skit..hehe..

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah

erinmizie berkata...

salam.. sedapnye... kak,resepi BC mase tu..

Unknown berkata...

assalam kak zai....tak thn nengok lala tu..sedapnya!..:)

fara dean berkata...

terangkattt abis akak punya menu ni..emm tak tahan tgk udg tu..so sedap!!

Madam Sooyaree berkata...

Sedapnye! Saya selalu buat gak, tapi rupa nan hado