Sabtu, Februari 12, 2011

Pengat Labu

www.tips-fb.com


Dah lambat nak wat tayangan amal minum petang tadi...labu ni beli lebih sikit ingatkan nak wat kuih seri lapis labu sekali...tapi tak sempat nak melapis sbb nk keluar menziarah keluarga petang tadi dan malam baru balik...labu ada lebih lagi tu...kalau angin rajin dtg blh lah wat seri lapis labu plk.Akak mmg suka dengan masakan labu2 ni..tak kiralah wat masak apa sekali pun.Labu ni byk khasiatnya..ia kaya dengan vitamin A dan C, mineral serta kabohidrat dan kaya dgn antioksida.




Bahan-bahan:
1/2 biji labu
1 1/2 kotak Santan (akak guna santan kotak Ayam Brand- kotak biru)
1/2 ketul Gula Melaka
2 sb Gula
sedikit Garam (agak2...nnt masin sgt)
2 simpul Daun Pandan
Air secukup nya

Cara-cara:

1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan.
2. Masukan gula,gula melaka,daun pandan ke dalam periuk dan tambah air secukup nya.Nyalakan api dan kacau perlahan
3. Tunggu sehingga gula larut dan masukan labu
4. Masukkan santan dan sedikit garam dan tunggu sehingga mendidih dan labu lembut. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.




Share |

8 ulasan:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

warna labu tu sungguh manis, semanis bubur ...
nampak menyelerakan.. minta ler sikit yer...

Deliah's Deli berkata...

assalam kzai...waduh,sedapnya!teringin ..terasa2 lunak je dlm mulut :p~

Mas berkata...

sedappnya pengat labu..
nak semangkuk kak..

fara dean berkata...

Wow!! cantiknya presentation dia..nak cuba semangkuk lah kak..mesti sedap ni!

lovely berkata...

salam...kzai.. saya suka tengok blog awak.. best sangat. banyak resepi yg terbaru n best..yg boleh saya cuba... BesT.. BesT BeSt...hhiiihhiii
suka masak masak..

Ayu berkata...

Assalam kzai,
dah lamaaaa rasanya kita tak datng jenguk akak..akak sihat ke tu?..
ermm banyak juga kita ketinggalan & terlepas pandang..ssemuanya best2..

openid berkata...

Salam kak Zai,
mintak semangkuk..sini labu dah tak da jual.ehehe
ijan

Mama Hanim II berkata...

sedap tu..nak skit..hehe..

(Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan