Rabu, Februari 02, 2011

Tofu Goreng bertelur dan Menu Lunch

www.tips-fb.com

Seronoknya hari ni dapat cuti panjang...mesti ramai yang dah berada dikampung halaman atau cuti2 Mesia kan...cuaca pun cantik dan bolih lah beriadah waktu petang pada yg tak kemana2 tu...akak pun tak kemana2,cuma berjalan dekat2 je...masih didalam kawasan lagi bukan diluar kawasan...mcm message kat hp plk....hehehe...petang2 ni rasa nak menalam...kalau terajin lah tu..bolih wat minum petang...tgk angin lah plk...meh lah layan menu lunch yg senang je hari ni...tofu goreng bertelur,ayam bercili dan kobis msk lemak putih.kelmarin tgk kt umah Yatie@Sinar Kehidupan ada msk sup tofu telur...tu yg datang idea nk msk tofu telur ni...anak2 dan bapak budak mmg layan sgh dgn masak2 yg mcmni.





Bahan- Bahan

  • 6 paket tofu/ tahu telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih@lada sulah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung- bancuh dngn sedikit air
  • air secukupnya
  • sedikit daun sup atau daun bawang dan bawang goreng - utk tabur
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih- di cincang halus
  • 1 inci - hiris2
Cara-Cara
  1. Tofu dipotong dua.
  2. Panaskan minyak dan goreng tofu tadi hingga kekuningan dan ketepikan.
  3. Tumiskan bwng putih dan halia dgn minyak sedikit.
  4. Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan aji no moto (jika suka).
  5. Pecahkan telur dan gaul sekali sekala,
  6. Masukkan tofu yg telah digoreng tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  7. Gaul sekali sekala dan perasakan garam nya.Matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan. Taburkan bersama daun bawang atau daun sup yg telah di cincang dan bawang goreng...sedap dimakan panas2.

Ayam goreng bercili

Kobis msk lemak putih
Share |

3 ulasan:

Nieza berkata...

assalam kak, wah sungguh menyelerakan menu akak ni...saya pun suka tofu telur tu..lembut kan. ayam tu pun nampak sedap...emmm semua sedapla..hehe

Deliah's Deli berkata...

sambal ngan masak lemak tu mmg ngam abis..licin periuk n koli :)))

kakchik@ella berkata...

OMG Kak zai .. tiga2 ella punya feveret. nak pulak ayam goreng bercili tu. looks so marvellous.