Sabtu, Februari 05, 2011

Talam Cendul

www.tips-fb.com
Dah lama nak menalam yg sebenar nya...resepi pun dah lama tunggu queue...cendul pun lama bertapa kat dlm petias.Masa kemas2 dlm petiais...bila terjumpa baru teringat nk membuat...harini macam mana angin ribut tofan pun nak kena buat jugak ni...dah ramai kawan2 yg cuba resipi ni rasanye,semua kata sedap....mana blh tahan kan...akak ni yg sebenar nya kurang rajin nak menalam2 ni kalau tak tgk kuih yg tergoda sgt nk mencuba...mmg sedap tak dinafikan..rasa lemak2 manis...lain kali tang kepala tu nk kena kurang kan gula lagi sbb manis gak w/pun dh kurangkan gulanya...yg lapisan bwh mmg dh dikurangkan gula dan rasa pun dh ok dah...resipi dr Jurnal Resepi Bdaria yg femes dgn kuih2 talam nya yg dipelajari dr kelas Chef Asmah..tima kasih pd yg terlibat kerana sudi share resepi dan menghasilkan kuih talam yg sedap ni...





TALAM CENDOL
Sumber 1: Kelas talam chef asma
Sumber 2: Jurnal Resepi Bdaria
Olahan: Kzai@Teratakimpian

Lapisan bawah

Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam



Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu




Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-

Bahan A
300 gm gula merah (saya guna gula kabung)
500 gm gula castor (lain kali x perlu letak)
500 ml air

Bahan B
150 gm tepung gandum
3 biji telur (blh guna 5 biji telur kalau nk byk telur)
250 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam



Cara-nya:


1. Masak bahan A hingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3 Masukan bahan A kedalam bahan B dan tapiskan dan masukan dedalam periuk
4. Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat masak sekejap sahaja)
5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.



Nota:-

Agak sukar hendak memperjelaskan berkaitan 'masak sehingga naik wap'. Saya bayar RM180 dan masa 8 jam untuk belajar apa yang dikatakan ' masak sehingga naik wap'. Ia adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Saya minta maaf jika anda memcuba resepi talam dan tidak menjadi seperti yang saya buat. Saya akan cuba terangkan maksud ' masak sehingga naik wap' dengan kaedah yang lebih mudah dimasa akan datang.


Share |

4 ulasan:

azi berkata...

Salam....
Akak..cantik sungguh kuih Talam yang akak buat tu...mesti sedapkan...tgk dlm. gambar pun dah terliur ni...em...nak kena pi cari buat minum ptg lah ni...nak masak sendiri malassss....he..he..

Naz berkata...

Salam Kak Zai..
Wah cantiknya talam cendol tu..Sukanyeeee tengok..Naz copy & paste resepi eh.. Ada masa nak buatleh..Pernah buat puding cendol..talam cendol tak pernah lagi..

Nieza berkata...

assalam kak zai, wah sungguh menarik kuih talam akak ni nk mkn lak sayang lawa sgt...hehe saya pernah buat dulu sekali jer tapi tak lawa kejadiannya nanti nk cuba resepi ni pula..tapi malas pula nk buat cendol coz kat sini tak ada jual.

mamawana berkata...

Assalam,

Sodap nampakk.... jom join

http://dmanjapenawar.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-from-dmanja-penawar.html