Sabtu, Mac 12, 2011

Dulce de Leche Brownies

www.tips-fb.com
Projek Dulce de leche yang tertangguh dah dapat dilaksanakan...lama gak memandang si Leche yg didalam botol ni tak terusik...kesian tak dipedulikan...kat dapur Ayu dah banyak menu DDL keluar...akak baru buat yang ini...ada lagi sebotol yang tengah termenung kat dapur tu.Masa merebus tak hengat donia...akak buat ni pilih resepi yang mudah dan cepat je...malas nak google2...amik resepi yg depan mata je...main gaul2...yg putar2 dlm mixer belum terbuat lagi macam kek sedap yang ayu buat tu.Memang betul lah brownies ni sedap kalau tergeget sidulche ni...sesiapa yg nak cuba buat mesti kena letak banyak2 DDL...bak kata ayu jangan kemut ye dgn DDL ni..bila dah dibuat brownies,rasanya tak manis...sedang2 aje sbb dah kurangkan gula dlm adunan.Resepi ni amik kat umah Ayu je...bolih gak tengok kat umah Hana...resepi asal sini dan sini. Tima kasih semua....akak letak resepi disini pulak.



Dulche de Leche Brownies
Sources 1: Hana & Ayu S'pore
Sources 2: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan

  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan-(Ayu gunakan 100g)
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - hana x ltk
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu-(Ayu pun agak2, tapi lain kali nak scoop lebih sikit.)





Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.






Share |

13 ulasan:

Muna berkata...

Salam kzai

very more-ish.... I like!!!!

xoxo

HomeKreation berkata...

Salam KZai. Wah2, dah meleche & broni pun dah kuar...best nya.

Mama Hanim II berkata...

alahai menggoda btul tu.he3..
(Gambar) Bayi 3 Bulan Mati Tersedak Susu Di Taska Di Presint 17 Putrajaya

(Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera

Wattie berkata...

Salam Kzai,
Sedapnya nampak de leche tu.....teringin sangat nak rasa

Zaliedana berkata...

Assalam n salam kenal kak zai,sy dah lama follow akak,baru hari nih tglkan jejak..Akak sy da ambk resepi kek red velvet akak,tengs yer share resepi kak mon tu kat sini..Moist n sedap betoi kek tuh..

Ayu berkata...

Assalam kzai,
waduh kita datang lamabt lah brownies ni ada lagi tak?..hehe..betul kan kzai, kuih ni ddlnya yang kasi sedap..bila terkena yang tak ada ddl tu tercari2 pulak yang ada..heheh thanks sudi cuba ya kak..lagi 1 tin tu nak buat apa ya?..hehe

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Kak Zai...


Mmg bagus kalau rajin mencuba sesuatu yg baru...Tahniah KakZai...percubaan tu telah berjaya...nampak sedap!

ain (sweet thots) berkata...

;) dah buat dah rupanya dia... bestkan gigit dulce tu >_<

Deliah's Deli berkata...

bunyi dia mcm sedap sgt2 tu..tgh bygkan rasa dia ni :p~

fara dean berkata...

salam kak..
lama btul x sinngh..dapur dah lai rupanya..
wow!! sedappnya..bilalah nak try buat dulche tu..tau ratah mcm tu je..hihi

kzai berkata...

terima kasih [d kawan2 yg sudi singgah disini..nnt akak akan follow up..

kakchik@ella berkata...

Salam kak zai .. brownies tu nmpk tersgtlah sedap. kak zai boleh post ke sg buloh tak??

saya dah mula teringin nih. hihi

kzai berkata...

salam ella..akak x nyempat nk wat brownies ni...baru first time buat..mcm x cun je...maaf ye..