Jumaat, Mei 20, 2011

Mee Hoon Goreng Taucu

www.tips-fb.com

Sarapan dimana?????.....akak sarapan dirumah je....hujung2 minggu mcmni mesti ramai yg membawa anak bersarapan diluar sebelum pergi beridah atau berjalan2 kan....


Mee Hoon Goreng Taucu
Sumber 1: Ayu @Curlybabe's Statisfaction
Sumber 2 : @Teratakimpian

Bahan-bahan:-
400g mee hoon direndam hingga lembut
*50g udang kering direndam
*3 biji bawang putih
*11/2 biji bawang besar
4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
5 sudu besar cili kisar
udang sederhana besar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
(*bahan kisar)

Hiasan:-
tauhu goreng dihiris (optional)
daun kucai-(optional)
telur dadar yang dihiris halus-(terlupa buat)
jus limau
cili jeruk
bawang goreng

Cara:-
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Share |

4 ulasan:

nOOrsha berkata...

salam kak..mihun mmg peberet sy sejak ngandungkan dhira....dulu x minat sgt, tp skang terlebih minat pulak..ehehe..mengggiurkan mihun akak ni ;)

Sheery Dream Cakes berkata...

rindu nak makan mihun ... tgk mihun tuu... terus lapar petang2 nie.. sedaaaap!!!

ijayuji berkata...

Salam kak zai!!!! akak kalau masak mee hoon lain kali jemput kita ya :D kita mmg antu mee hoon tak kiralah sup ke apa ke janji mee hoon hihihi..

Ayu berkata...

Assalam kzai..
wah...kita lama tak berkunjung kat dapur akak ni..asik terlepas pandang aje..tup2 banayk jugak menu/entry yang kita terlepas..sekali namapk mee hoon taucu ada kat sini..wah..sedapnya nampak mee hoon akak ni..rasa lapar sekaarng ni..belum sarapan lagi ah..walaupun dah tengahari..hehehthanks kak sudi cuba recipe yg tak seberapa ni ya..