Ahad, Mei 01, 2011

Tiramisu Biscotti

www.tips-fb.com


Dah lama tak buat tiramisu guna lady finger ni..biskut nya dah lama tersimpan...dulu pernah buat tapi tak sempat nak masuk kan dlm n3 ni....masa ni buat ada acara BBQ family....dah 2 minggu sudah baru sempat nk publish kt sini...sesekali makan ni memang sedap menambah kan lemak dibadan kan...resepi mcm biasa amik dr Kak E@MyR...selalu buat yg guna sponge cake leh tengok kat sini dan sini...








Tiramisu Biscotti
Sumber 1: K.E@Myr
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Biskut lady finger/tiramisu biscuit




Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya












Nota:(dr K.Liza)
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap....
Share |

20 ulasan:

Antan Bertingkah berkata...

Sedapnya Kak Zai, macam terasa2 jer tiramitsu ni kat mulut....

Naz berkata...

Amboi kakkkkkk... Best nyeeee... Terliur dah ni... Lama dah nak buat tiramisu ni tp tak buat2 sbb takut tak jadi... Mintak sikit kak...

Nieza berkata...

wahhhh sedapnya..dah lama nk buat tiramisu ni tapi tak terbuat2 juga...biskut tu dah ada nanti nk cubalah...simpan resepi dulu yer kak..tq:)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Kita pun ada stok biskut tu..nanti kita cuba gak...

Deliah's Deli berkata...

kzai,cantik2 cc kat bwh tu! tiramisu ni tgk gambar pun dah tau sedap cuma bl bt nnti yg mkn plg bnyk sy jg.tu yg x syioknye..mkn bulat pp ni :)

Chik Mimi berkata...

kak kite pun dah lama tak bertiramisu ni nak tunggu mahmood yg entah bila nak menjelma hehehe

cik cek berkata...

Emmm...ada tiramisu kat sini....lama dah kak cek tak buat...tetiba rasa teringin lak nak makan...:)

Wattie berkata...

Salam Kzai,
Wuisssshhhh, bestnyaaaaaa.....rasa cam nak scoop sikit la, leh ka

Diana @ Melley Mey berkata...

waah!! nmpk sedap ler kzai.. cam nak buat gak ler.. ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Kak zai..apa kabar?sedapnyaaaaaa!!

The Black Jubah berkata...

Assalamualaikum...

Saya silent reader je selama ni, tapi nak komen pulak hari ini. Saya dah lama teringin nak buat Tiramisu ni tapi was was sangat dengan Biscoti tu...takpe ke?

LinRosly berkata...

Assalamualaikum KZai...Apa Kabar? Nak sikit lapar ni...hehehe

ijayuji berkata...

Salam kak zaiiiiiiiii!!!!! ai missssssss uuuuuu!!!! lama tak mkn tiramisu! dekat setahun kot! hihihi.... rindu kat akak! :-)

chikadakbiru berkata...

wow beshnyeee kalau dpt sesuap nih...!!

CT Delima berkata...

Assalamulaikum kak zai

mintak lah sesudu kalau dapat merasa tak ler kecur sampai bila2... hihihi memang mengancam tiramisu ni.. *droll*

Mama Hanim II berkata...

alahai sgt mables tu k.zai.. terliur nya tgk tghari cmni..nak skit la..huhu.

Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang

openid berkata...

Salam Kak Zai,
Akak apa khabar? lama tak sempat datang... ada lagi ke tiramisu tu? :D
Ijan

.: raudhatunnisa' :. berkata...

saLam kak~ maaf lua dr tajuk ni. sy nk tanya, mane nk dapat sour cream yer? puas dh mencari area bangi n kajang. dh buntu habis mencari sour cream. sgt3 mengharap pertolongan. terima kasih,,,.

kzai berkata...

kzai>> raudhatunnisa:
w'salam...sour cream byk jual dikedai bekery atau supermarket..diletak bahagian cheese atau yogurt yg ada suhu sejuk..harap blh membantu ye...

Inthenameoflove berkata...

salam akak, saya nk ty mana nak dapat lady finger tu ekh???...dah lama cari.