Rabu, Jun 29, 2011

Bubur Jagung Bersagu

www.tips-fb.com
Sedapnya dapat makan bubur jagung yang jarang dimasak ni...akak suka letak sagu lebih2 sikit. Jagung pun dah beberapa hari bertapa dalam petiais..masaalahnya malas nak memarut tu....akak beli jagung oganik ni kt Jusco...puas cari jagung biasa tak jumpa pulak..gumok2 jagung oganik ni..masak empat ketul ni mmg banyak jadinya masuk dalam periuk.Resepi akak c&p dr MyR@rossitamz...tima kasih ita..

Bubur Jagung Bersagu
Sumber: rossitamz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan


Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Share |

15 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai!!! kita dtg awallllllll pagi niii sbb baru abis menggosok pastu mata pulak mcm tak leh nak tutup uuuwaaaaa.... lapo pulak nmpk bubur akak tu! sedap ni kak kalau mkn hangat2 :D lama tak buat ni yg nak buat jugak niii hihihi...

Ida,Japan berkata...

slm k'zai...baru dpt kuar kandang kak..sibuk sikit 2 hari lepas...ida pun suka bubur jagung, kt japan baru musim jagung, last week ida pun ada msk bubur jagung ni...

Amie berkata...

assalam Kak Zai,
amie suka sgt makan bubur jagung.... tapi malas sgt nak parut, kalau nak makan guna jagung tin aje....hiiihiihi

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

sedap buat juadah bulan puasa

Naz berkata...

Kak Zai..huhuhu..sedapnya... Nak..nak..

indahhouse berkata...

Salam kak zai,

cantiknya napkin kertas pink-pink tu. hehe..
nak tumpang sekaki bubur jagung. Teringat jagng kernel dalam esbok. bila tah nak dimasak. :D

CT Delima berkata...

As'salam kak zai

macam lama betul kak zai tak kedapur erk. ker ct yang tak perasan agaknya.. hihihi

ct suka bubur2 macam ni kak, kalau duduk diam2 tu berkeping2 roti ct cecah dalam bubur tu sampai tak perasan jer rasanya..hihihi

Wanieyra berkata...

salam kak zai.....

singgah sini nak makan bubur tu.....sambil2 tu nak belek2 bekas tisu tu...cantiknya kak!!!kat mana blh ira beli tu? atau akak buat sendiri

azi berkata...

Salam akak..
akak..he..he..bubur jagung tu saya nak jugak..tapi kalau nak yg dekat bubur tu boleh tak?..cantiklah bunga akak..sayakan suka rose..he..he..

petersam berkata...

nice post.

http://www.PhentermineHome.com/

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum kzai...
akak... sedapnya bubur jagung tu akak... diana ari tu pun buat tp + ngan kcg merah... bab2 jagung nie mmg fav diana... sedap...

Nur Misnan berkata...

penat tggu depan umah
posman tak sampai2...
ni kes tggu bubur jagung kzailah nih..
hahahaha

cik cek berkata...

Bubur jagung dalam cawan...comelnya....nice presentation....:)

Edy Ramanov berkata...

salam. sudah follow blog ni. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai.. nak bubur sedapnya style ita makan kena simpan dalam peti sejuk bila dah sejuk makan sedapnya.. hihihi tambah sekarang jepun panas sangat ni