Sabtu, Julai 02, 2011

Carrot Oat Cake

www.tips-fb.com
Selamt berhujung minggu semua...pagi2 dah tunjuk carot kek yang sedap ni...sebenarnya buat semalam untuk minum petang...sambil ada kawan buat tempahan...akak godek lah sebiji kek yang comel untuk makan sendiri...memang tak dinafikan carrot kek yg dicampur dgn oat sedap nguper nya dan berkhasiat kerana ada oat didalam nya...akak mmg suka dgn carrot cake...selalu buat campur kismis dan karot je..

Sekejap lagi akak nak gi khenduri rumah sepupu Hb diKlang...sebelum keluar publish kan dulu N3 ni... akak ambik resepi dr dapur CMG dan asal dr dapur Ida@100 Resepi...K.Jee dan Ita@masam manis pun dah cuba resepi ni....tima kasih buat semua kerana beri inspirasi...


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering- Akak guna oats
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...
Share |

15 ulasan:

Yatie berkata...

Assalamualaikum KZai,
sedap tu carrot cake, lama tak buat..teringin balik bila tngk kek akak ni..sedapnya..

azi berkata...

Salam Kak Zai..
saya pernah makan kek carot ni..sedapkan..teringin nak rasa yg akak buat..he..he...mesti lebih sedapkan..

IXORAROXI berkata...

Salam, gambar cantik, kek cantik.best!

nOOrsha berkata...

salam k zai..kek carrot menawan kalbu,..cntik presentationnya..syg nk mkn.. kak, sy ambil resepi siakap bakar tomyam yr...mmg bes...tq sbb memanjangkn resepi :)

cik cek berkata...

Kzai...lawonya carrot kek...comel je carrot cute kat atas kek tu...simple n nice decoration....kak cek sukaaaa...kak cek sukaaa....nak sepotong...:)

Che Mid berkata...

Salam Kzai, alahai.. terasa-rasa lembut je kat tekak ni weh.....

ijayuji berkata...

Salam kak zai!! sukeeee carrot cake! tp tak pernah pulak campur oat, mesti semakin berkhasiat :D kita paling tak tahan tgk dia punyer cream tu yummyyyy!!

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualikum akak...
cantiknya kek tu akak... nampak sungguh sedap tu...

Ida,Japan berkata...

k'zai...sedap dan comel kek itu...walla, pernah buat sekali kut carrot kek dr dapur CMG tapi bukan yg ni la..tu pun tak publish malas masa tu nk amik gambar...ida suka carrot cake style gini..sungguh rich rasa dia..

ain (sweet thots) berkata...

wah kak.. kita suka gak karot cake. nak kena cuba gak ni 1 day, tah bila la tu. pjg bebenor dah list ni. akak dah gi cheng ho gak ye? jumpa amy search ke x? hihi

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai lama ita tak buat carrot kek tapiu yang campur oat tak pernah buat lagi rasanya... comel la carrot yang duk atas kek tu..:)

Aimmie Qistina berkata...

Salam kek..Nak try la ujung minggu ni..Last week buat tak berapa nak menjadi..Hubby ckp rasa kek biasa aje

Nieza berkata...

nampak sedap...tak pernah buat lagi cake carrot ni ..nk kena cubalah nanti..:)

Mamasya berkata...

Assalammualaikum K.Zai...cantiknya kek karot k.Zai posing...karot tu comeiii..pandai k.Zai buat.

Nurul Hazirah Jaafar berkata...

Assalamualaikum, kak. Thanks for sharing the recipe, saya dah try resepi akak...sedap! My friends smua puji...weee, happy =)