Selasa, Jun 07, 2011

Serimuka Durian

www.tips-fb.com

Salam semua...orang lain dah lama wat tayangan SMD ni...akak baru berkesempatan nak membuat..wat untuk minum petang...mlm baru dapat nk posting...sedap kuih ni...rasa lemak2 dan tak berapa manis...sekarang musim buah durian pun dah tak menentu...dimana2 saje ada dijual....kalau malas nak mengopek kulit..bolih beli yg dah siap dikopek...blk rumah terus blh makan. Resepi ni akak amik dr dapur Hana aje dan resepi asal dr dapur Rima...tapi akak buat ganda adunan dan terlupa plk nk tmbh tepung...jadinya terlembik sikit...nk potong pun tak cantik.Tapi rasa tetap sedap.Resepi ni dah byk singgah kt dapur kawan2....tima kasih pd penyumbang resepi.
Pautan


Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)




Bahan-bahan
Lapisan Atas
  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  • Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.


Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Share |

19 ulasan:

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Kzai,sihat ke? Skrg dh jarang2 akak update blog ya...

serimuka durian...dh mcm terasa kat tekak aje...nur suker serimuka..tk tolak punya kalau akak kasi....hehehe.

dZana berkata...

mmg sedap kak.. teringat2 pulak.. buat sekali jer hari tu.. nk cari durian la esok.. hihihi

ijayuji berkata...

Salam kak zai!!! kuih kegemaran kita seri seri muka atau kukus2 hihihi... kak zana ckp nak beli durian kita baru ajer abiskan durian hihihi.... ingat nak buat serawa tp dok sedap makan sampai abis :D

Wattie berkata...

Salam Kzai,
Sedapnya serimuka durian, tp rugila pulak sbb saya tak makan durian....waaaaaaa

Che Mid berkata...

salam Kzai, saat paling mencabar ialah masa menunggu kuih sejuk... hai bila la boleh potong ni..

Unknown berkata...

Assalam Kak Zai, kuih seri muka durian ni memang sedap..nieza pun dah pernah buat sekali masa kwn datng umah hari tu...tak sempat nk posing dh abis..hehe

Amie berkata...

assalamualaikum kak zai,
amie belum penah rasa SMD... tp tgk macam sodap yo... ada masa & ada doghyan nanti nak cuba buatlaaa..

CT Delima berkata...

As'salam Kak zai

sedapnya kalau dapat makan ni. lama juga Dapur CT tak buat serimuka kak. nak beli durian sampai anak dara ct dah balik berapa kali dari kampus sampai lorni tak beli2..hihihi. Ct tak gemarlah bau durian yang belum masak tu, pening ..hehehe

TopsyTurvyMum berkata...

Salam K Zai,
Macam kena try je ni nak ngabiskan stok durian frozen dlm freezer tu..

dZana berkata...

aslmkum kak zai sy jwb kt sni..
1. akk masuk web kongsi rspi.. sing up dulu..isi maklumat websiten semua2 tu pas tu add..
2. akk tunggu 1 ke 2 chek gmail.. nnti webmaster beri paswood .. baru dpt log in..
3. pastu baru klik get yr widget utk letak kt side blog..akk adjust2 la mana yg patut.. saiz pic, kaler,n mcm2.. past tu akk Copy past code widget n letak kt design blog akk(add Gadget).. utk post rspi akk klik ad add yr posts.. selamat mcuba yer kak..

dZana berkata...

paswood yg diberi boleh tukar kemudian kak..

dZana berkata...

akk cuba dulu yer.. apa2 hal nnti boleh tanya lagi.. hihihi..

anymz berkata...

salam kzai,sedapnya nampak seri muka kzai tu.berseri2..terasa2 lagi keenakan durian dlm seri muka ni..sedap kan kak?

Tanpa Nama berkata...

dah 2 blog saya lalu buat seri muka durian..sedapnya..teringin plak nak makan..

cik cek berkata...

Salam Kzai...pekabo...lama kak cek tak singgah jenjalan kesini...sihat sejahtera hendaknya....
Sedapnya serimuka durian....nyum2 yummyyyyy....

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

Ya Allah, sedapnya. saya ni peminat seri muka, dan durian. kalau combainkan cam ni, mmg la menarik. belom pernah try lagi....rasa dah terliur ni.

Nely's Kitchen berkata...

Assalammualaikum Kak Zai..sori ye kak lambat reply. Byk terlepas menu2 kak zai..semua nampak sedap..kek 3 tkt tu pon cantek..kreatifnya akak. Alamak K zai dh terpandang pic liza kt blog kak zalina ye..segannya den..betulla tu..liza..hehe.

Mamasya berkata...

Assalammualaikum K.Zai,apa kabar? sy baru berkesempatan jln blog kwn2.
t.kasih atas doa k.Zai, Alhamdullilah sy sekeluarga di sini baik2 saja dan sdg menyesuaikan diri dgn keadaan di sini.kek coklat tu mmg moist dan mudah buatnya, tu yg sy suka buat...
serimuka durian k.Zai buat sy terliur...sedapnya ada durian.

nurmisnan berkata...

wohoooo.. kak zai
seriously memang look superb
mesti cuba.. thanks for sharing
here ... i lap u