Rabu, Julai 06, 2011

Ayam Panggang Yogurt Berempah & Acar Karot

www.tips-fb.com
Salam...baru sempat nak masukkan resepi tertunggak lauk nasi karot yg disini...pasangan lauknya ayam panggang yogurt berempah dan acar karot tomato...sedap ayam panggang ni,rasa lemak2 dan masam manis dr yogurt...nak buat pun senang dan ringkas.Macam biasa resepi dr Wana@Potret Kasih...tq Wana.

Resepi Grilled Chicken in Spiced Yogurt ( adapted dari sumber asal :dari sini )

Sumber: Wana@Potret Kasih

Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon - lain kali x perlu letak jus lemon lagi(dh cukup rasa masam yogurt)
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Note:

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.




Resepi Acar Karot Dengan Tomato

3 biji buah tomato( belah 6)
2 batang karot (potong memanjang)
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis 1/2 cawan)

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2. Sesuai di hidangkan dengan bersama nasi tomato,nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Share |

13 ulasan:

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai tadi baru tertanya2 ayam apa kah itu.. so dah ada resepi leh la buat nanti amat tergoda kak.. nampak warnanya sangat cantik dan sedap

Mas berkata...

kak zhai....mengancamnya ayam tu...
nak sepeha......

Wana Yusuf berkata...

Salam k.zai...Ish!!.. tersangatlah menggoda nasi karot ngan ayam panggang k.zai tu ... buat perut lapar sudah!! sedap kan nasi karot resepi chef haneliza tu... ayam panggang tu masih lg teringat2 lg kesedapannya...

Amie berkata...

Assalam K.Zai,
nampaknya resepi kita berlanggar ni... amie bawa nasi karot jugak ni dengan ayam harum manis, jom tukar lauk....

Deliah's Deli berkata...

cantik tekstur..menarik menu ni! :)

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak..
wah sedapnya ayam tu akak... mengoda betul..

Nieza berkata...

sedapnya tgk set nasi ngan ayam kak zai ni..lapar lak mlm-mlm singgah sini..order sepinggan kak..opss silap akak dh diulit mimpi...hehe

Ida,Japan berkata...

oohhh..ni la ayam padan ngan nasi carrot semalam erk...emm, mesti sedap ni, len kali leh try ni..mekasih k'zai ye

Mamasya berkata...

Assalammualaikum k.Zai,sedapya nampak set nasi karot dg ayam bakar tu....kalau kat rumah ayam bakar mmg laju...
re;tk k.Zai wish bday Syakirah...

Che Mid berkata...

Sodap yo... eh lapik meja kita sama la.. beli kat jasko ke?

CT Delima berkata...

As'salam kak zai

bila ct pandang ayam panggang yoghurt tu, kecur pulak. stok ayam masih ada sekor lagi tu kak. kalau ingin mencuba ct nak mintak halal ya amik resipi ni.Tr kasih kak zai :D

Ummi berkata...

Assalamualaikum k.Zai, apa khabar, lamanya x jalan2 dapur k.zai nih...gambar semakin cantik, dan dapur pun menarik...terliur tgk ayam tuu...

Rabiatun Adawyah berkata...

assalamualaikum kak...sedapnyer...
nnt singgah rumah tun ambik award yer kak...