Rabu, Julai 13, 2011

Jom Minum Petang....Roti Sardin Goreng

www.tips-fb.com
Jom minum petang dengan hidangan yang ringkas dan menjadi kesukaan ramai...senang disediakan dan mengenyangkan...anak2 memang suka kalau dihidangkan menu macamni...akak wat minum petang dan malam tak makan nasi dah....kt umah ni kalau yang manis2 kurang mendapat sambutan...tapi kalau macamni memang takyah nak susah pelawa2...kejap je licin...makan panas2 memang sedap...dan ditemani secawan nescafe,kopi atau teh...memang layan habis...

Roti Sardin Goreng
Sumber: Wana@Potret Kasih
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
  • 10 – 12 keping roti sandwich
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Inti

  • 1 tin sardin kecil ( ambil ikannya sahaja )
  • 1/2 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 hiris halia ( ditumbuk )
  • 4-6 biji cili padi ( ditumbuk/ dihiris )
  • sedikit garam


Cara:
1. Tumis bawang putih, halia, cilipadi, dan bawang besar hingga wangi.
2. kemudian masukkan sardin, kacau seketika.
3. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hancurkan ikan sardin tadi dengan menggunakan garpu.
5. Untuk batternya, satukan tepung gandum, secubit garam, telur dan air. Kacau rata dengan menggunakan senduk.
6. Bila dah sebati ketepikan dulu.
7. Potong dua roti sandwich, isikan dengan inti sardin tadi, tangkupkan dua.
8. Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter, kemudian goreng dalam minyak panas.
9. Bila roti kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan…

Share |

20 ulasan:

azi berkata...

Salam Kak Zai..
Akak..nampak menarik sekali roti akak tu...nyum2...mesti sedapkan makan petang2 ni..saya buat jugak roti sardin tu..tapi rotinya saya kukus, leperkan, isi dengan sardin, gulung dan digoreng...saya tak letak telur pun...nanti boleh cuba resepi akak pulak :)

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Kak Zai,

ini lah yg menjadi pujaan hatiku...hehe...febret Nur roti sardin...haha kak buat nur kecur aje.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Kak Zai..sedap bila cicah ngna sos nih!

Chik Mimi berkata...

assalam kak lamanya tak buat roti ni

Deliah's Deli berkata...

lebih masak sambal sardin td blh bt ni esok..kecur tgk.:)

kek MU bwh tu cantiknya! :)

Deliah's Deli berkata...

lebih masak sambal sardin td blh bt ni esok..kecur tgk.:)

kek MU bwh tu cantiknya! :)

Amie berkata...

selamat malam Kzai,
anak sulung Amie suka sangat roti sardin goreng begini...ada masa nanti nak buatlah,

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Zai...
mmg best kalau dibuat utk mkn bila2 masa saja..my fav sardin...

Mamasya berkata...

Sama pulak minum ptg kita semalam k.Zai....buat roti goreng sardin juga.mudah dan sedapkan...anak2 sypun kurang suka yg manis2.

Unknown berkata...

sedapnya.. memang suka gak roti ni..kejap jer boleh abis kan..hehe

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
diana pun sama gak.. mmg suka makan roti gini... makan panas2.. rangup2 gitu... mmg sedaaap...

IXORAROXI berkata...

Salam Kzai, gambar yang cantik buat menu simple ni nampak sedapkan

cik cek berkata...

Kzai....fav kak cek ni...kalau nama ada sardin je kak cek memang suka...makan tak cukup seketul ni..he he..:)

ijayuji berkata...

Salam kak zai!!! sedapnyerrrrrrr!! kalau ada sardin2 niii mmg lag kegemaran kita kak hihihi...

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai sedap suka dengan roti2 gini krup krap makan kak.. kek bawah tu pun comel sukanya tengok

Misz-ella berkata...

wah kak zai .. tergoda .. nak sikit. hihi

Unknown berkata...

Assalamualaikum KZai...


KZai Apa Khabar? Sedap Buat Minum Petang...Nak Cari Roti Jugalah Utk Minum Ptg Ni...

anymz berkata...

salam kzai

nanti nak buat jugak roti ni.sebelum posa ni mesti nak buat.hehe

Amiiiiin atas doa kzai buat adik saya tu kak,semoga dia sembuh sepenuhnya.keputusan belum dapat lagi..:(

Nor berkata...

salam. ketinggalan keretapi lak kali ni..mesti dah abis ni ye kak zai..? terliur nampak roti tu.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

memang sedap ni kak zai.. saya pun buat jugak minggu lepas.. tp tak sempat nak ambik gambar anak2 dah sambar dulu... dah kelaparan balik dr sekolah.. almaklum jelah.. hehehe..