Roti Sardin Goreng
Sumber: Wana@Potret Kasih
Sumber: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan:
- 10 – 12 keping roti sandwich
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng
Inti
- 1 tin sardin kecil ( ambil ikannya sahaja )
- 1/2 biji bawang besar ( dihiris )
- 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 1 hiris halia ( ditumbuk )
- 4-6 biji cili padi ( ditumbuk/ dihiris )
- sedikit garam
Cara:
1. Tumis bawang putih, halia, cilipadi, dan bawang besar hingga wangi.
2. kemudian masukkan sardin, kacau seketika.
3. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hancurkan ikan sardin tadi dengan menggunakan garpu.
5. Untuk batternya, satukan tepung gandum, secubit garam, telur dan air. Kacau rata dengan menggunakan senduk.
6. Bila dah sebati ketepikan dulu.
7. Potong dua roti sandwich, isikan dengan inti sardin tadi, tangkupkan dua.
8. Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter, kemudian goreng dalam minyak panas.
9. Bila roti kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan…
20 ulasan:
Salam Kak Zai..
Akak..nampak menarik sekali roti akak tu...nyum2...mesti sedapkan makan petang2 ni..saya buat jugak roti sardin tu..tapi rotinya saya kukus, leperkan, isi dengan sardin, gulung dan digoreng...saya tak letak telur pun...nanti boleh cuba resepi akak pulak :)
Assalamualaikum Kak Zai,
ini lah yg menjadi pujaan hatiku...hehe...febret Nur roti sardin...haha kak buat nur kecur aje.
Salam Kak Zai..sedap bila cicah ngna sos nih!
assalam kak lamanya tak buat roti ni
lebih masak sambal sardin td blh bt ni esok..kecur tgk.:)
kek MU bwh tu cantiknya! :)
lebih masak sambal sardin td blh bt ni esok..kecur tgk.:)
kek MU bwh tu cantiknya! :)
selamat malam Kzai,
anak sulung Amie suka sangat roti sardin goreng begini...ada masa nanti nak buatlah,
Salam Zai...
mmg best kalau dibuat utk mkn bila2 masa saja..my fav sardin...
Sama pulak minum ptg kita semalam k.Zai....buat roti goreng sardin juga.mudah dan sedapkan...anak2 sypun kurang suka yg manis2.
sedapnya.. memang suka gak roti ni..kejap jer boleh abis kan..hehe
Assalamualaikum akak...
diana pun sama gak.. mmg suka makan roti gini... makan panas2.. rangup2 gitu... mmg sedaaap...
Salam Kzai, gambar yang cantik buat menu simple ni nampak sedapkan
Kzai....fav kak cek ni...kalau nama ada sardin je kak cek memang suka...makan tak cukup seketul ni..he he..:)
Salam kak zai!!! sedapnyerrrrrrr!! kalau ada sardin2 niii mmg lag kegemaran kita kak hihihi...
kak zai sedap suka dengan roti2 gini krup krap makan kak.. kek bawah tu pun comel sukanya tengok
wah kak zai .. tergoda .. nak sikit. hihi
Assalamualaikum KZai...
KZai Apa Khabar? Sedap Buat Minum Petang...Nak Cari Roti Jugalah Utk Minum Ptg Ni...
salam kzai
nanti nak buat jugak roti ni.sebelum posa ni mesti nak buat.hehe
Amiiiiin atas doa kzai buat adik saya tu kak,semoga dia sembuh sepenuhnya.keputusan belum dapat lagi..:(
salam. ketinggalan keretapi lak kali ni..mesti dah abis ni ye kak zai..? terliur nampak roti tu.
memang sedap ni kak zai.. saya pun buat jugak minggu lepas.. tp tak sempat nak ambik gambar anak2 dah sambar dulu... dah kelaparan balik dr sekolah.. almaklum jelah.. hehehe..
Catat Ulasan