Rabu, September 28, 2011

Cream Puff..Resepi II

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...dah lama tak makan cream puff yang dibikin sendiri...semalam terlaksana lah hajat...lama tak buat dah hampir lupa teknik nya...semalam guna resepi Jun@Cupkekasih yang memang enak dan lembut gebu sekali ni..kali ini buat kastad akak guna resepi Honey@Myr.
Dulu pernah cuba resepi yang buat disini..lebih kurang juga teknik nya..resepi dulu dr FP Mektie Klang..mana lah pergi nya mektie sekarang..dah lama menyepi..rindu pulak nak dengar berita dari nya...



Cream Puff
Sumber: Jun@Cupkekasih

Bahan-bahan:
240 ml air kosong
100 g mentega
130 g tepung gandum - akak guna super fine flour
secubit garam
3 biji telur
1/2 camca teh gula castor (optional)

Cara
1. Panaskan air dengan api perlahan.
2. Masukkan mentega. Biar cair sepenuhnya.
3. Masukkan secubit garam dalam tepung.
4. Masukkan tepung gandum dalam adunan air dan mentega yang sedang menggelegak itu. Kacau dengan sudip kayu, sampai tepung tidak melekat pada periuk.
5. Tutup api. Biarkan adunan ini suam (boleh dicuit-cuit dengan jari).
6. Masukkan telur sambil diputar dengan pemutar elektrik, satu persatu dengan kelajuan sederhana sampai adunan menjadi likat.
7. Masukkan dalam piping bag dengan nozel bermuncung bintang tertutup size L.
8. Pipe cantik-cantik atas loyang pembakar yang sudah disapu minyak/butter. Biasanya saya buat spiral, macam simpul sanggul.
9. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 160 darjah selsius untuk 20 minit atau sampai masak - coklat keemasan.



Kastad

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan cc susu segar/ susu cair
2 sudu besar tepung gandum
75 g gula
1 1/2 sudu besar jagung
4 biji telur kuning
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1. Letak susu dalam periuk.
2. Panaskan lebih kurang lima minit.
3. Satukan tepung, gula dan tepung jagung. Dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan kuning telur satu demi satu, sambil mengacau adunan. Kemudian masukkan mentega. Terus gaul sampai likat. Tutup api.
5. Paip inti kastad ini ke dalam cream puff tadi.


Custard Cream

Sumber: Honey@MyR

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
Share |

14 ulasan:

Chik Mimi berkata...

wahhhh kak kita jugak yg tak buat2 lagi

Juwita Jamaludin berkata...

yum yum.. ada resepi lagi satu ni nak try juga la.. selalu guna resepi kak yani je..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam K.zai..inilah antara yg nak sgtttt atie buat tp lom sempat2 lagik.bak mai atie 3 ketui dulu ya kak:D

Ida,Japan berkata...

satu lagi menda yg belum pernah ida buat kak..cream puff ni la, tunggu seru dtg...byk sgt dlm list...last2 tak terbuat2..comei cr.puff k'zai ni

kzai berkata...

Kzai >> Chik Mimi..
wat lah mimi sedap dan senang je nk wat tu

kzai berkata...

Kzai >> Juwita
memang yu yumm ita...hehehe

kzai berkata...

kzai >> azatiesayang
w'salam...wat jgn x wat atie..nanti nyesal..hehehe..nk bg dh ilek..

kzai berkata...

Kzai >> ida
ida..meh akak sembur sikit bg seru.
kalau ikut kan mmg byk dlm list..kdg2 smpai terlupa

ninazsyafinaz berkata...

kzai..cantiknyer kejadian cream puff tuh..naz pernah cuba buat sekali..tapikan dia tak jadi puff pun dia jadi cam kaya ball!! adoii..sakit jiwa

The Black Jubah berkata...

mmmmm sedap nya....wah....cantik nya...mesti cuba. Jika nak order cupcake tu, design tu macam mana nak pilih?

che mid berkata...

Oven I rosak laaaa..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Kzai,
Wahhhh, Kzai buat rumah baru...cantikla...ada pulak cream puff, fuhhhh kena try ni. Lagi satu kan.....tergugat iman saya bila tengok soto kat bawah tu, rasa cam nak pi terjah rumah Kzai la ni jugak.....

Diana @ Melley Mey berkata...

kzai cayang.. yg nie fav anak2 diana.. tp biasanya beli jer pun.. diana x perna lg buat sndiri... comel2 cream puff yg kzai buat nie... cantik!

Fiza Nordin berkata...

selalu buat cream puff guna tepung self rising. pernah juga buat cream puff guna tepung gandum tapi hasilnya amat mendukacitakan. tak sure pulak resipi yg same mcm k zai ni atau lain... mgkn ade step2 sy yg salah, waalhualam...