Isnin, November 28, 2011

Mini Chocolate Eclair

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM... Enclair ni dah lama tunggu dalam list...baru berkesempatan membuat...sedap wat minum petang ni sambil menghirup secawan teh 'O' panas.Sekarang ni musim hujan plk disini waktu petang2..bila time ni mmg nk mencari kudapan je kedapur..tambahan plk sekarang musim cuti sekolah..anak2 akan selalu menjenguk kedapur dan perut minta di isi...mmg sesuai kalau buat eclair ni utk anak..mmg anak2 akan menggemari dengan rasa kecoklatan nya.Resepi ni dari Fida@MyR..mmg sedap dan lembut eclair ni.Tima kasih pd penyumbang resipi.Akak buat dua adunan..banyak gak dapat dengan eclair yg comel.


Bahan-bahan ( 35 - 40 keping )

  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan mentega (1/4 buku)
  • 1 sk gula halus
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanilla
  • INTI CUSTARD :-
  • 550 ml susu segar
  • 90 g gula pasir
  • 60 g tepung custard
  • 1 sb mentega/majerin
  • CHOC. GLAZED :-
  • 100g dark chocolate
  • 30 g mentega

Cara-cara

1. Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
2. Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
3. Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.
5. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
6. Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.
7. Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
8. Utntuk choc. glazed...campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2... :)
9. Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,


Share |

12 ulasan:

blogresipi.com berkata...

Cantik je buat fingerfood ni kak Zai. Dah banyak kali nampak ni kat blog kawan2. kite je tak sempat buat lagi. hehe

Amie berkata...

Selamat pagi Kzai,
rajinnya.... nampak sedap pulak tu...nak tapau sikit ye Kzai...

Kakwan (K1) - citarasawan berkata...

Salam Zai,, K1 pn suka ngan mini eclair ni kecik n cute ada masa leh cuba nanti.. :)

Wanieyra berkata...

salam kak zai...

sedapnya!!!!

LinRosly berkata...

Assalamualaikum KZai...

Waduh!! Kak Zai...Dah Tentu Sedap Ni...Tgk Pun Dah Terliur!

Love Kak Zai..

Mamasya berkata...

Aslmkum k.Zai

sedapnya....eclair ni dah lama berkenan...resepi dah lama print tp doh tangguh2.....nengok k.Zai buat ni berkobar2 balik nak buat.....

maz berkata...

kakkkk..bnyknya buat eclair tuu...xde ke utk kita skitt..sdpnya klu dpt nga kopi scwn..muahhh..

Nur Misnan berkata...

yummy kak zai... baru hari tuh buat churros..
nanti weekend sure nak buat eclair plak coz
kami berdua giler makan makanan mcm nih.. hik3

Hajar berkata...

Salam...
Wowww, sungguh mengujakan eclair tu...dapat 40 biji tu mesti tak cukup gak kan coz sedappp...
Rugi tak jadi antara tetamu kak zai, kalau tak leh rasa RVC yg menggoda tu :)
re: tqvm atas ucapan buat anakanda hajar...

kakchik@ella berkata...

alalala kak zai. tiap kali datang, saya tergoda. sah sah esok-esok kena order ni. Hihi.

maz berkata...

salam kak...lama dpur xbrasap ni ada umah ke kak...smga kak sihat hendaknya...muahhh...

ashida zalia berkata...

sedap ni..mohon share kak..tq

http://jobandcash.com/?share=126773