Ni kes terliur bila tengok kek ni kat umah Jun@sifu kek dan cupcakes hantaran yg terkenal yg dok kat Sbg Jaya tu...tak rugi mencuba kek ni mmg sedap dan gebu sesangat serta wangi harum semerbak bau nya..bila baru keluar dr oven dan masih panas lagi,tak sedar akak dah makan sampai dua potong kek ni...betul kata Jun mari menikmati kek yg sangat sedap ni dan sesuai utk buat minum petang...tq Jun...
KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh
Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus
Bahan B
5 biji telur
Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja)
Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat
Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis
Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.
8 ulasan:
lamanya tak buat kek. nmpak kek kak zai..mcm teringin nak cuba.hehe
sedapnyer nama kek ni..
Salam...
Wahhh..gebusnya kek....Mintak seketoiiii
Apsal lak dr syurga ye kak? ke sbb bau wanginya tu kan!
Salam kak zai,
apa khabar?
gebunya kek epal nih. geram saya tengok. hihi
salam kzai,mesti sedap kek ni.nama pun best...
waduh....waduh...waduh...terima kasih bangat posting resipi gini.
:-)) salam....
Catat Ulasan