Jumaat, Disember 03, 2010

Apam Dot Dot....

www.tips-fb.com
PautanTak tahan tengok semua orang meng"apam"...kita pun tak mahu ketinggalan ketapi...banyak sangat godaan mendatang dr satu rumah kesatu rumah...tu yg tak tahan..ni wat apam yg comel lote...sambil tu buat lebih adunan sebagai buah tangan kemajlis kenduri tahlil..wat 3 adunan mcm rasa nak patah pinggang berdiri..nak duduk rasa mcm lambat je keje...resipi cilok dr dapur Hana(sbb tak tahan tgk kecomelan nya)...resipi asal dr Lilydvalley@MyR...tapi dah diubah suai tang inti mengikut citarasa masing2...tima kasih semua...

Bahan-bahan (15-20 biji)
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • Sedikit esen vanila (tambah utk menghilangkan bau telur)

ara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

dah siap dalam bekas utk dibawa kemajlis kenduri tahlil
Share |

10 ulasan:

Anawahid berkata...

cantiknya kak zai apam polkadot akak tu.... cam sayang jek nk makan... hehe

Chik Mimi berkata...

Assalam kak sihat ke,amboi cumeinya kite pun geram tgk tak smpi lagi seru nak membuatnya

Love2cook Malaysia berkata...

Cunnye apam dot2 akak tu!!! So lovely colour...sayang nak makan! :D

Jasmeen HomeDelight berkata...

aduhaiii...terguda sungguh ngan kecumelan apam ituuuu...mau buatg gakkk weiiiiii......alalallalala

hana berkata...

waduhhhh sungguh cumillllll.... kiut2!! klu tiga adunan tuh mmg leh pingsan la kak coz satu adunan pong dah berpeloh ketiak! hihihihi

mummyseri berkata...

salam kakzai..sungguh kiut warnanya..
kak papercup akak guna tu saiz tuk brapa oz yek?

Unknown berkata...

Kak Zai...Cantiknya Apam Dot...Dot...Ni....Comel-Comel...

Rabiatun Adawyah berkata...

Kak Zai, cantiknyer apam dot2 akak..tun belum berjaya ler buat apam ni..huhuhu

solo mum berkata...

cantiknya.... sayang nak makan kalau camnih

San San berkata...

Hi, I translate your recipe in English and tried making these pretty tiny cakes. However, mine didn't raise like yours so rounded, bottom like 'rubbery kueh' texture and the top has got many holes. My batter is watery too. Can you advise? Thanks, melody