Lapis Roti Berdaging
- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
13 ulasan:
Salam...
tengok cili sos yang melimpah tu..terliur rasa...
Salam....
Sedapnyer....nak cuba buatlah..anak-anak suka makan ni...eeeee...sedapnyer.....
Menariknye resepi nie k.zai...boleh cuba nanti....
Sedap nyer Zai :P
arrgghh..sedappnya....nak sikit kak..
kak..igtkan pizza td..
nampak sedap..dah lama cari resepi ni, tp x cari2 pun..bolehlah masuk list..
kak..buku masakan tu sy lama benar berangan nk bli..huhu..
assalam kak zai, menarikla resepi ni...tak pernah buat lagi...nanti boleh cuba ni..:)
menarikya resepi ni.... blh cuba...
Assalamualaikum KakZai...
Aduhai!!! Sedapnya Kak Zai...Perut Tgh Lapar Ni....
assalamualaikum kzai...simple tp sedap sgt tu :p~
Salam...kak zai
Roti tu kena pecah2kan ke?
Maaf budak baru blaja. :)
Salam...kak zai
Roti tu kena pecah2kan ke?
Maaf budak baru blaja. :)
Salam...kak zai
Roti tu kena pecah2kan ke?
Maaf budak baru blaja. :)
Catat Ulasan