Ikan Tempra Nyonya
Sumber Resepi: Diana@Sky Blue's Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ d bersihkan - akak guna ikan tenggiri
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Bhn² A ( D goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris
Bhn² B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai _ d titik
2 biji cili merah _ d potong menyerong
Cara²
- Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng d dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bhn² B sehingga wangi.
- Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
- Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
- Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
- Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.
12 ulasan:
Salam KZai cayang. Memang menu yg sungguh menyelerakan... isyk2 boleh mimpi makan lauk cam gini.
Salam kak zai menu ni pun ada dlm list ira tapi x terbuat2 tak jumpa ikan yg sesuai la
Assalamualaikum akak..
terima kasih kerana sudi mencuba yer akak... makan masa bersahur mmg membuka selera.. hari tu pun diana ada masak gak tuk bersahur
Salam kak zai! ikan tempra ni ikan apa ya? tak pernah dgr, tak tahu nak guna ikan apa hihihi...byk dah org buat masak2 guna tmpoyak teringin sgt nak rasa mcm mana rasa tempoyak bila dah dibuat masak2 lauk mcm nii :D
Waaa...menggoda betol tgk ikan tu... sabor je laa... pergh!! udang tempoyak pon ada...
Salam Kak Zai..
Akak..nampak sedap udang tempoyak tu..tapiii...saya tak makan tempoyak...:)
alahai kak zai, sedapnya menu akak nii... tergoda tgk ikan tu kak... sib baik x meleleh air luir... huhu
ikan pun sedap, msk lomak udang tempoyak tu lagi sedapppp...sedapnyer
Assalam kzai, tengok aje kita dah tau sedap..dengan setting yg cantik lagilah sungguh menyelerakan bila memakn lauk ni..udang pun nampak sedap ni kak..
biasa e-na masak asam jawa x masuk serai...boleh try resepi ikan yg ni pulak...udang tmpoyak!!! tu menu fav kami apa2 je yg guna tempoyak....dtg jepun pun angkut tempoyak dari mesia dah 2 kali...tapi satu menu tempoyak pun lum sempat publish kak...sibukkk nak mkn je klu menu sedap2 cam tu, lupa kamera..hihii
Salam Kzai, so tempting!
Assalamualaikum Kak Zai,
Salam lebaran buat akak sekeluarga ya...terlambat sedikit Nur sampai...almaalum lah kita naik kete lembu nie....hehe...
Nur pohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan yg pernah Nur lakukan ataupun Nur pernah mengecilkan hati akak semasa memberi komen diblog akak....masih beraya lagi ke kak??
Catat Ulasan