Isnin, November 07, 2011

Nasi Berkari Ayam Goreng

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha...masak menu apa pd raya hari tu..mesti yg enak2 kan...akak masak yg simple dan mengeyangkan...akak masak nasi ayam goreng,tapi akak derhaka kan tajuk resepi nya,sbb nk beza kan nasi ayam goreng yg biasa dgn yg berempah ni..harap empunya resepi tak marah ye...sbb nasi ni takde rasa nasi ayam langsung..tapi berasa mcm nasi beriani..cuma resepi ni tak letak rempah beriani.Jadi akak gandingkan dgn lauk dalca sayuran yg ringkas sbb nak kan berkuah dan tak buat sambal merah mcm resepi asal.mmg sedap nasi ni..lain kali blh buat lagi.Resepi ni akak dh lama intai kt dapur mamasya dan penyumbang resepi asal Tummy@3hungrytummies..dah ramai cuba resepi dan dh tentu sedap..tima kasih pd penyumbang resepi dan pd yg terlibat semua nya...dan akak share disini plk.


Nasi Ayam Goreng @ Shouthern Yellow Chickr Rice
Sumber: Mamasya

Bahan-bahan:

1 ekor ayam-dipotong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*

Cara-cara:
Ayam dipotong 12,bersihkan dan toskan..gaul bersama bertanda *..perap sebentar dan goreng seperti biasa..(jangan garing sangat)
Setelah siap.angkat ayam dan ketepikan.

Bahan Utk nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah- tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Sedikit kiub ayam
Sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam - tak letak
2 bay leave/daun ketumbar - letak daun ketumbar
4 cawan beras basmathi- akak rendam 1 jam...cuci dan toskan
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair

Cara-cara:
Panaskan minyak..tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga serta bahan-bahan yg ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 cawan susu cair dan 4 1/2 cawan air dan masukkan garam serta kiub ayam dan kacau.
Susun ayam goreng diatasnya dan masak nasi hingga masak.


Dalca
Resepi: Noreen@MyR
Sumber 1 & copy : Wana@Potret Kasih
Sumber 2 : Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Cara-cara:
1. Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar…..




Share |

12 ulasan:

Ida,Japan berkata...

sedapnyer nmpk nasi yg k'zai msk ni.....nyummm2

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Pagi2 nampak nasi ni memang menyelerakan la.

ibundo berkata...

salam..
alahai.. menggodanya.

Liza berkata...

salam kzai...mmg betul2 menggoda nasi ngan dalca tu...fuhhhh

rahel berkata...

Waaa menarik betui hidangan nasi berkari tu...lagi2 ada dalca..emmmm sodap..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga.
Wah nasi kari akak ni mesti saya cuba. sedapnye nampak ayam goreng gitu dok atas nasik... ish, tak sabor nak buat ni... hehe :)
Ijan

dZana berkata...

aslmkum kzai.. slm rindu eh.. nasi kzai cantik la.. nmpk bderai.. nnti cuti sek sy nk try jugak la..

Unknown berkata...

Assalam kak zai...salam aidiladha juga buat kak zai sekeluarga. memang nampak menyelerakan nasi dan lauk tu kak...sedapnya:)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak zai.. menariknya menu ni.. boleh la dicuba nanti.. lama juga tak makan nasi berperisa ni..:)

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Saya excited nak bagitau akak, tengah masak nasi kari ayam goreng ni. hehe... tak sabau mau makan. tak tau ler sempat bergambar ke tak sebab dah malam kat sini :)

Ijan

Wa berkata...

Memang menyelerakan sangat2..nanti Wa nak cuba..:)

Mamasya berkata...

Nengok nasi ayam k.Zai ni rasa nak buat lagi....sedapkan nasi ni...