Jumaat, September 30, 2011

Disuatu Petang Yang Sunyi dan Hening...

www.tips-fb.com
Disuatu petang yang sunyi dan hening...mendamaikan fikiran....







Share |

Rabu, September 28, 2011

Cream Puff..Resepi II

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...dah lama tak makan cream puff yang dibikin sendiri...semalam terlaksana lah hajat...lama tak buat dah hampir lupa teknik nya...semalam guna resepi Jun@Cupkekasih yang memang enak dan lembut gebu sekali ni..kali ini buat kastad akak guna resepi Honey@Myr.
Dulu pernah cuba resepi yang buat disini..lebih kurang juga teknik nya..resepi dulu dr FP Mektie Klang..mana lah pergi nya mektie sekarang..dah lama menyepi..rindu pulak nak dengar berita dari nya...



Cream Puff
Sumber: Jun@Cupkekasih

Bahan-bahan:
240 ml air kosong
100 g mentega
130 g tepung gandum - akak guna super fine flour
secubit garam
3 biji telur
1/2 camca teh gula castor (optional)

Cara
1. Panaskan air dengan api perlahan.
2. Masukkan mentega. Biar cair sepenuhnya.
3. Masukkan secubit garam dalam tepung.
4. Masukkan tepung gandum dalam adunan air dan mentega yang sedang menggelegak itu. Kacau dengan sudip kayu, sampai tepung tidak melekat pada periuk.
5. Tutup api. Biarkan adunan ini suam (boleh dicuit-cuit dengan jari).
6. Masukkan telur sambil diputar dengan pemutar elektrik, satu persatu dengan kelajuan sederhana sampai adunan menjadi likat.
7. Masukkan dalam piping bag dengan nozel bermuncung bintang tertutup size L.
8. Pipe cantik-cantik atas loyang pembakar yang sudah disapu minyak/butter. Biasanya saya buat spiral, macam simpul sanggul.
9. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 160 darjah selsius untuk 20 minit atau sampai masak - coklat keemasan.



Kastad

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan cc susu segar/ susu cair
2 sudu besar tepung gandum
75 g gula
1 1/2 sudu besar jagung
4 biji telur kuning
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1. Letak susu dalam periuk.
2. Panaskan lebih kurang lima minit.
3. Satukan tepung, gula dan tepung jagung. Dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan kuning telur satu demi satu, sambil mengacau adunan. Kemudian masukkan mentega. Terus gaul sampai likat. Tutup api.
5. Paip inti kastad ini ke dalam cream puff tadi.


Custard Cream

Sumber: Honey@MyR

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
Share |

Selasa, September 20, 2011

Soto Ayam

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...hari ni masukkan N3 yang tertunggak..buat soto ni dah dua hari lepas.Selalu buat lebih sikit kalau menu yang berat2 macamni...bolih tampung sampai kemalam...satu hari tu kena makan soto je lah nampak nya...tapi makan berulang2.Resepi ni akak ambil dari keratan majalah Nona tahun 1999..lama sungguh kan...masih tersimpan lagi keratan ni...resepi soto ni mmg akak selalu guna masa dulu2...resepi ni mewah dgn rempah ratus nya...mmg sedap...masa tu belum ada lagi dapur alam maya mcmni nak cari resepi..selalu rujuk pd majalah2 saje...resepi pegedil akak amik dr dapur Shidah..pernah buat dulu sbb ringkas dan sedap.

Soto Ayam
Sumber: Majalah Nona 1999

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 4
3000 ml air
1 1/2 sudu kecil garam

Bahan Kisar:(Akak tumis dahulu dalam periuk)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
2 sm lengkuas
2 batang serai
1 sm halia
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1/2 biji buah pala
1 sudu kecil lada putih
5 biji buah keras
sm kunyit hidup

Bahan Sos Kicap:
1/2 cawan cili padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu kecil gula
1 ulas bawang putih
(Celur cili padi dengan kuah soto dan kisar dgn bawang puth.Campurkan kicap dan gula.

Bahan Bersama:
Nasi impit
1o-20 ketul bergedil daging
3 tangkai daun sup & daun bawang - dimayang
Suhun digoreng
50 sen taugeh- dibuang ekor dan & celur



Cara-Cara:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk berisi air masak hingga mendidih (akak tumis dulu dgn sedikit minyak hingga wangi dan baru masukan air)
2. masukkan ayam yang sudah dibersihkan.Biarkan ayam empuk dan angkat.Toskan air nya dan siat daging ayam.
3. Tulang2 ayam tadi dimasukkan semula kedalam periuk dan biarkan mendidih.masukkan garam secukup rasa.
4. Ketika menghidang,nasi impit,isi ayam,bergedil daging,daun bawang,suhun goreng,awang goreng,taugeh diletakan dalam mangkuk.Tuangkan kuah soto yg masih panas bersama sos kicap soto.


Pegedil udang Kering
Sumber: Shidah@Sizuka

Bahan-bahan:

1kg kentang - buang kulit, potong mcm wedges, then goreng 3/4 garing

kentang ditumbuk lumat

Bahan Sambal - blend
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 tbs udang kering

1. Panaskan minyak dalam 2 tbs, goreng bahan sambal sampai garing. no salt needed sebab udang kering dah masin.
2. Gaulkan bahan sambal dengan kentang yg dah ditumbuk lumat. Masukkan daun sup dan daun bawang yg dah dipotong halus.
3. Bulat-bulatkan pegedil or apa2 bentuk yg nak dibuat, celup telur, goreng garing.

Pegedil ni lagi sedap dari pegedil daging or ayam.

Share |

Ahad, September 18, 2011

Chilled Peach Cheese Cake

www.tips-fb.com
Semalam menciskek pulak...sebenarnya kes nak perabih cream cheese dan whip cream yang hampir nak expired...fikir punya fikir apa lah resepi yang sesuai untuk kedua2 bahan ni...teringat pulak buah peach dan limau mandrine dalam tin ada berbaki lagi dua tin dalam gobok...tinjau punya tinjau resepi...akhirnya terbekenan dengan resepi cheese cake yang menggunakan buah2an diatas nya.Hasil dari sekodeng resepi akak campurkan kedua2 buah ni..kalor buah pun sama warna kuning...mmg sedap dengan rasa masam2 manis kombinasi dengan rasa cheese..

Bila disejukkan dalam petiais...lagi bertambah keenakan nya...resepi ni hasil sekodeng di dapur The best from Kak Wan@resepicitarasawan...tima kasih Wan..akak selongkar resepi dan share disini pulak ye...bila nak Raya memang kt blog Wan ni jadi tumpuan dan rujukan semua orang...sampai jadi lembab blog Wan ni bila dibuka...kerana terlalu ramai yg mencari resepi untuk rujukan...macam2 resepi ada...tima kasih sekali lagi wan.


Chilled Peach Cheese Cake

Sumber: Resepicitarasawan

Bahan Base
250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo
100gm mentega cair

Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream

Loyang 8" (Loose Base Tin)


Cara-cara :
1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.
4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.
5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.

Lapisan Jeli
2 sudu besar Jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air

Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.


***Bolih juga guna agar-agar serbuk atau konyaku jeli,tapi ikut sukatan air pada peket nya.
Share |

Isnin, September 12, 2011

Strawberry Cheese Tart

www.tips-fb.com
Assalamualaikum...masih dibulan syawal lagi...hari ni nak masukan N3 yang tertunggak...strawberry cheese tart yang dibuat masa dua hari lepas...projek ni buah tangan untuk SIL sempena makan2 dihari raya pada sabtu lepas...tapi shell dah ter'ireng' sikit bak kata orang jawo...tu yg nampak gelap sikit.Sempat juga akak buatkan juga sebiji Victoria sandwich cake yg nastolgia tu..


Buat lebih sikit dan dihidangkan pada tetamu yang datang beraya...resepi akak guna resepi Azita
dah ramai yg cuba resepi Azita tokey cheese tart ni...tima kasih Ita..akak minta izin share disini plk ye...akak buat dua adunan.

Tart Crust/Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Shell tart dah siap untuk dibakar...

Cream Cheese filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.




Strawberry cheese tart..baru keluar dr oven..dh sejuk dipakaikan baju plk...


Cara-cara (Step by step)
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Dah siap pack untuk dibawa...

Victoria sandwich cake...satu dah dibedak...lagi satu belum makeup lagi..sbb yg ni nk bawa kerumah anak buah plk pd hari ahad semalam...
Share |

Rabu, September 07, 2011

Puding Coklat Koktel

www.tips-fb.com
Assalamualaikum...masih beraya sakan lagi ke...open house sana sini kan...lagi penghujung syawal..lagi ramai yg ber open house...kadang2 dah terlebih syawal plk...lepas raya baju pun dah sendat sana sini..hehehe..harini akak nk letak resepi puding yg senang banget ni...kalau tetamu datang mengejut..bolih lah sediakan dessert ni..masa akak buat ni pun tetamu datang mengejut gak...rasa pun tak berapa manis sangat...nak buat pun senang dan cepat..

Puding Coklat Koktail
Sumber: Buku masakan Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar (1 peket)
4 cawan air
1 cawan gula halus
1 susu makan serbuk koko (dibancuh dgn 1/2 cawan air dan tapiskan)
1 liter susu coklat (4 cawan)
1 tin buah-buahan koktel

Cara-cara:
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. masukkan gula dan bancuhan koko.
3. masakkan sehingga mendideh seketika.Tutupkan api.
4. kemudian masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan sejukkan adidalam peti sejuk.
6. Apabila menghidang taburkan buah-buahan koktel...sedap dimakan sejuk2...
Share |

Selasa, September 06, 2011

Juadah Ringkas Hari Raya ke 4

www.tips-fb.com
Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...lama nya akak tak bersiaran...pertengahan puasa kebizian melanda membuat cookies untuk ipar duai dan kenalan...sendiri punya cookies pun ala kadar je...pastu kemalasan pulak bertandang...biasalah lepas2 raya ni..memang tebal lemak kemalasan dalam badan...nak angkat senapang pun malas...cuma dapat intai dapur kawan2 sekejap je..tak sempat nak tinggal jejak...bila kelapangan nanti akak singgah ye.Gambar ni je yang sempat disnap...menu utama dipagi raya langsung tak sempat nk snap...banyak juga gambar2 menu tak sempat diambil dan kadang2 terlupa plk bila tetamu dah sampai. Layan je lah menu yang serba ringkas semasa kedatangan tetamu yang mengejut ni...ini je stok yang ada dalam petiais pada masa ni...

Puding coklat koktail

Puding Buah peach(peach didalam puding)

Nasi impit & kuah kacang

Share |