Cuaca petang ni cukup baik disini dan terang benderang dan macam seronok je tengok cuaca macamni...jadi kain baju pun cepat kering.Untuk menu akak minum petang akak buat pulak kek pisang lembap yang dah pernah di cuba disini ...Kali ni akak guna brown sugar...tu yang nampak macam coklat je kek ni.Sedap dan gebus serta wangi je kek pisang ni..resepi akak amik dr dapur CMG
Kek Pisang Lembap
Sumber: CMG
Sumber: Kzai@Teratakimpian
BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus (*akak guna gula perang)
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
- Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
- Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....
22 ulasan:
kak zai...menu pisang ye kita petang ni... saya buat bingka...akak buat kek... nampak sedap tu
Salam kenal, salam ziarah..masyaallah cantiknya gambar..terliur tengok kek pisang tu
Salam Kak Zai....
Sedapnyer....view cantik ditambah dengan perut lapar mesti habis separuh dari kek tu...betui ni kak..tengok kek tu rasa lapar sangat...
wahhh sedap ni..pekena ngn teh panas2 waktu ptg..
Assalamualaikum kzai...
wah sedapnya ada kek pisang ler kat dapur akak... nak sepotong boleh akak? ;)
tak pernah jemu dengan kek pisang, memang sedap, wangi....lembut & gebu...pilihan no 1 heheheh...
Assalamualaikum Kak Zai,
ptg2 sambil mkn kek,enak tu kak.
alahai sedap tu kzai, lapar la plak tgk mlm2 cmni..hehe..
Kak Zai... Mmg gebus jer nampak kek tu..Pastilah moistkan..nyumm..
sedapnya nampak kek pisang tu kak zai....best tu layan ngan kopi panas ptng-ptng tu kan...:)
kak saya dah lama duk kiv resepi ni tapi buatnya tak juga hheehhe
kak sy dah reply ur email
suka tgk kehijauan kat laman k.zai tuuuu!!!
aslmkum kak zai.. bderet2 menu akk kuar... huuu.. dapur saya jugak yg tak berasap2.. sabtu sy sehingga julai penuh dgn pgrm.. tgok pegedil atas soto akk kt bawah tu.. mmg mgoda..
hai romantiknyer rasa kalau dpt mkn kek ngan minum kopi kt anjung luar rumah cam ni..byk pokok2 kak Zai, rajinnyer menanam
Nk tumpang sekaki la..
Salam.
Sedap la kek pisang nih.Thanks resepinya.mesti cuba!
salam K.zai nampak sedap kekpisang tue..lembap2 camtu mmg sedapkan.htr atie 2 potong,nk mkn ngan HB.
Alhamdllh kak,rezeki join GA/Contest...save budget nk beli hdbag raya nanti..hihi
Assalmmualaikum K.Zai..
minum ptg dg kek pisang ngadap laman yg menghijau...bestnya..rasa nak tumpang sama k.Zai minum ptg...almaklumlah rumah skrg tak da laman...ada balkoni
re; tk k.Zai wish bday.
Salam kak zai!! salam winduuu!!! waaahhhhhh suke kek pisang!!! bau2 pisang ni mmg kegemaran kita :D makan pulak sambil tgk2 pokok tgk2 org lalu lalang mmg seronok :D
Assalamualaikum Kzai,
Saya suka sangat dengan kek pisang. Selalu klu jiran2 bagi pisang, mesti buat kek pisang. Nampak lembut aja hasil kejadian kek pisang Kzai, nak sepiring leh
salam kak zai.. cantiknya kek pisang akak ni.. tambah makan dengan melihat hijau pokok diluar tak terasa makan beberapa ketul.. tumpang minum sekali leh..
kak .. sedap tu kari ikan jenahak. kita suka gak ;) kek pisang pon mengancam! isk ...
salam kzai,kebetulan kat rumah ni sedang banyak stok pisang ni..sedang elok je resepi ni keluar..boleh masuk list lah.
Catat Ulasan