Sabtu, Januari 31, 2009

Curry puff

www.tips-fb.com

Memang dah lama nak mencari PUFF PUSTRY ni....baru berjumpa,selalu dikedai jumpa pratha segera je...masa pergi jenjalan ke IKEA di Damansara dgn kakak dan anak2....selepas minum di A&W kat situ....singgah sekejap nak cuci mata di IKANO yg berhampiran dan kebetulan ternampak supermarket COLD STORAGE...bila terpandang supermarket tu...dlm kepala dah terbayang PUFF PASTRY ni...terus masuk,bila belek2 kat bhgn frozen food...maka ternampak lah benda alah ni..seronok betul bila dah jumpa benda yg lama dicari...terus rembat 5 pek...harga pun tak mahal,utk 1 pek ada 10 keping....puff pastry ni memang naik gebu dan berlapis2 bila dibakar...macam puff kat kedai,tak rugi kalau kita simpan untuk buat stok kecemasan.....maka pd hari sabtu bermulalah projek ni.....resipi ni copy dr blog CMG..tapi diolah sedikit bahan2nya ikut citarasa sendiri dan mengikut bahan2 yg ada dlm stok...takpe kan Mat...terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :
1 pack puff pastry jenama "kawan"...boleh lihat contoh dibawah
1 kuning telur, untuk disapu

BAHAN INTI :
2 biji kentang, kupas dan dadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar serbuk kari ikan
3/4 camca teh serbuk lada hitam
5 batang crab stick,dipotong dadu
1 cawan air
Beberapa helai daun kari
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan bawang putih, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan rempah kari dan masak hingga garing,kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang , kacau dan tambah air. kecilkan api dan masak hingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan crab stick dan sedikit garam secukup rasa, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sepernuhnya...
  2. UNTUK CURRY PUFF :- Ambil sekeping pastry puff (berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus. Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya. Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan.


GAMBAR PUFF PASTRY SQUARE


Share |

Jus berkhasiat

www.tips-fb.com

Jus berkhasiat ni bagus untuk membuang kolestrol dan untuk pengidap darah tinggi...kita ni makan bermacam2 makanan...kita kan rajin memasak didapur...hehehe....rajin ke?.....jadi kita tak tahu berapa banyak kolestrol yg dah terkumpul didalam badan...jom kita amalkan pula jus berkhasiat ni...jus ni diminum waktu pagi,sebelum makanan lain masuk dlm perut,jadi jus ni lah yg pertama masuk perut diwaktu pagi sebagai penyelamat.....resipi jus ni kita ambil kat fp Madiha yg popular tu...terima kasih Madiha.....

Jus berkhasiat (untuk segelas)

Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
sesuku biji buah peria biasa
1 tangkai seleri
1 sudu besar madu dan air masak secukupnya*

Cara-cara:
kesemua buah dicuci bersih dan dipotong2,kemudian masukkan dlm mesin pengisar,masukkan air secukupnya dan madu tadi dan blend kesemua kemudian tapis sebelum diminum..... selamat mencuba.....sedap.....
Share |

Jumaat, Januari 30, 2009

Puding koktel berkuah

www.tips-fb.com


Puding koktel berkuah ni buat untuk dibawa ke ofis kerana ada jamuan kawan yg akan berhenti kerana mendapat kerja ditempat lain....puding ni sedap dimakan sejuk....selepas dikeluarkan dr peti ais....nyaman je rasa tekak diwaktu musim panas ni.....dan nak buat pun senang dan ringkas je....

Puding koktel berkuah

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail


Share |

Asam pedas ikan tenggiri

www.tips-fb.com

Asam pedas ni adalah salah satu lauk kegemaran.....makan bersama dgn ikan sepat kering goreng ...memang umphhhhh....ada setengah orang ,suka kalau dipanaskan lagi pd esok harinya...resipi pun main agak2 je....

Asam pedas ikan tenggiri

Bahan-bahan:
ikan tenggiri keping
terung atau bendi
daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
sedikit kunyit hidup
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 inci belacan*(*tumbuk lumat)
air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
  2. Tuang air dan masukkan daun kesum. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Tambah terung atau bendi , masak hingga ikan masak. Rasa jika perlu tambah garam.
  3. Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...
Share |

Taugeh kasar goreng bertahu

www.tips-fb.com

Taugeh kasar ni pun salah satu feberet jugak....makan panas2...tapi bab nak membuang ekor nya ni yg ada semangat " M".....

Taugeh kasar goreng bertahu

Bahan-bahan:

1 peket taugeh kasar - dibuang ekor
3 keping tahu- digoreng separuh masak
10 ekor udang hidup
1 ikat daun kucai
2 biji cili merah*
2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
sedikit belacan - jika suka*
garam secukup rasa


Cara-cara:

> Tumis bahan2 yg bertanda*,masukkan udang tumis sekejap kemudian masukan taugeh,biarkan hingga layu sedikit dan kekacang nya masak,masukkan sedikit air.
> Masukkan tahu yg telah digoreng dan daun kucai,dan bubuh garam secukup rasa

Share |

Ahad, Januari 25, 2009

Kek pisang ala English Style

www.tips-fb.com

Masa cuti,petang sabtu lepas buat kek pisang ala English ni untuk minum petang....bila tengok kat blog Yatt....teruja pulak nak membuatnya.....bahan2 lain ada,cuma pisang pulak yg xde...pergi pasar malam sekejap beli pisang....kalau dah teruja sangat nak buat tu....usaha jugak nak gi beli pisang....pastu terus masuk dapur menggodek ....kek ni sedap, tak berapa manis dan ada taburan potongan pisang diatasnya....dan tabur gula diatasnya,bila dah masak...mula2 nak buat satu adunan je.....tapi bila tgk pisang ada lebih,drp pisang terbiar mcm tu je terus buat 2 adunan plk...resipi ni kita c&p dr blog Yatt yg kat Finland tu... yg terkenal dgn keindahan hiasannya diatas meja...minat tgk gambar2 makanan yg diambilnya....terima kasih Yatt kongsi resipi....



Share |

Jumaat, Januari 23, 2009

Award dan TAG

www.tips-fb.com

Ini kena tag pulak dr Ummi -home sweet home....maaf yer Ummi sbb lambat jwb tag ni....


Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, akak dah copy dah..cantiiikk n cute betul award nih.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari Ummi - home sweet home

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1 > Sejak ada fp sendiri ni,mmg suka sesangat bloging meninjau dapur kawan2,seronok dpt ramai kawan dialam maya ni dan x boring.
2 > Lebih suka membaking drp masak lauk pauk,sbb kalau buat kek ke apa2 berkenaan baking...kita blh hias dan nmpk cantik....bermakna suka pd keindahan & kecantikanlah nmpk nye yer....perempuanlah katakan...
3 > Dulu suka giler mendeko hiasan rumah ala2 english...,skrg dah kurang sikit...ketagih membaking plk.
4 > Suka mengumpul majalah Impiana,anjung seri,majalah dapur dan resipi masakan.hasben selalu bising,sbb dah sangat...
5 > Suka melancung dan window shopping...kalau dompet berisi,...berkenan,terus sambar,tp tgk harga juga..setakat yg mampu.
6 > Pening kalau rumah bersepah dan berselerak,terutama bhgn dapur...mulalah nk membebel..
7 > Bila boring suka berangan yg indah2 supaya mod kembali ceria.
8 > Seorang yg agak pendiam kalau x kenal sesaorng,malu nk mulakan dulu,tp bila dah mesra dan sesuai..rasa sedih plk nk berpisah dan mesti asyik terkenang2kan wajahnya.
9 > Tak suka tengok cerita seram dan sedih,suka tgk cerita yg ada ciri2 kekeluargaan.
10 > Kalau berjalan jauh (travel) suka kalau hasben ada bersama .xtau kenapa...bila ada disisi rasa selamat dan bila travel jauh2 x suka tumpang kenderaan orang.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

> Zaiy dubai
> Amal - Kedah
> Jasmeen - Shah Alam
> Mariam
> Shima - UK
> Rohayati(Mektie) - Kelang
> Umieaisyah - Telok Intan
> Inasaly - Penang
> Zimah - N9
> Bunga mekar - Ampang

* dan yang lain-lain yang rajin menjenguk dapurimpian ni, silakanlah ambil jugak ya..jangan malu-malu...

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.
Share |

Selasa, Januari 20, 2009

Choc chips muffin

www.tips-fb.com

Choc chips muffin ni pulak buat untuk beri sebagai buah tangan pada anak buah yg buat majlis makan2 dirumahnya....resipi ni pun kutip kat blog Ummi...tima kasih yer Ummi sekali lagi...c&p je yer....



CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Share |

Rich choc moist cake

www.tips-fb.com

Inilah kek giant pertama yg dideko sendiri,sbb selalu mendeko kek2 kenit je...bila nak menulis perkataan atas kek ni,byk cabarannye ye...tak seperti menulis diatas kertas.....tak cukup lulus lagi...deko pun sememeh je..... tak seperti tokeh kek kat Shah Alam dan tokeh kek & tokeh western kat utara nun,depa dah biasa deko2 kek mcmni.....cuba teka siapa dia kawan2 kita tu....hehehe...jgn marah ye meen dan Amal yg jauh kat utara tu....berlawak je...Rich choc moist cake ni adalah permintaan dari kawan ofis sempena hari jadi anak perempuanya yg ke10 tahun....perkataan yg tertera diatas kek ni semuanya dari idea anak nya itu...kita tolong merialisasikan je diatas kek ini...kek ni akan dibawa Najwa kesekolah dan diraikan bersama rakan2 sekelasnye....."SELAMAT HARI JADI NAJWA" SEMOGA MENJADI ANAK YG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT DAN BERTANGGUNG JWB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA..... ...kek ni kita c&p dr blog Ummi kat Kuantan nun...terima kasih ummi,kita asyik cilok resipi je....


RICH CHOC MOIST CAKE
sumber - Ummi ( home sweet home)

Bahan:-

6 oz (170 gm) mentega
14 oz (397 gm) gula kastor
3 biji telor
7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):-

8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:-

Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.

Bahan Untuk Ganache/Icing:-

1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara Membuat:-

Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

Share |

Rabu, Januari 14, 2009

3 thema cupcakes

www.tips-fb.com
Cupcakes ni adalah 3 thema untuk 3 orang yg menempah....2 thema biru,untuk pertunangan dan 1 thema pink untuk kenduri kesyukuran sempena menyambut kelahiran baby girl....dah lama x pegang nozzle...tangan pun dah rasa keras semacam je....deko yg simple2 dan mudah je....semua ni untuk kawan2 yg minta tolong buatkan....







Share |

Asian Twist Pie

www.tips-fb.com

Ni resipi mudah,...buat untuk minum petang....kita guna instant prata jenama "kawan" yg terkenal tu....senang,cepat dimasak dan dimakan....kalau nak menguli2 tepung ni,mmg penyengan sikit.Asian twist pie ni macam ala2 giant curry puff lah..sb guna 1 keping roti prata tu...cuma bahan2 inti ada kelainan sikit....resipi c&p dr CMG yg terkenal tu....



ASIAN TWIST PIE

BAHAN-BAHANNYA
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur untuk disapu

BAHAN INTI
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus - sy guna mixed vege
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil - sy x bubuh
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan) - sy x bubuh
2 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...


Share |

Sabtu, Januari 10, 2009

Pulut Sambal

www.tips-fb.com
Pulut sambal ni memang feberet....teringat zaman hingusan dulu2...time sekolah memang suka beli pulut sambal ni dikantin...tapi
dibungkus dengan daun pisang...wangi je baunya...aroma dari daun pisang tu...sambalnya macam sambal ikan bilis nasi lemak ataupun sambal goring kering ikan bilis,tp kalau sambal goring diletak kelapa parut diatasnya.....hari tu tgk kat rumah madiha,Jasmeen dan zaiy,pulut makan dgn ikan masin,sedap juga....resipi tanak pulut ni kita C&P dari madiha fp...t.kasih madiha...


Pulut sambal

Bahan2
3 pot beras pulut
Air secukupnya
Sambal tumis ikan bilis
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak sambal tumis ikan bilis & kelapa parut yg digaul sedikit garam.
Share |

Muffin coklat

www.tips-fb.com

Hari tu...jalan2 dan ronda2....tengok muffin coklat dirumah Boxhousestudio,teringin pulak nak makan dan tengok bahan2nya pun mudah dan nak buat pun ringkas je....dan terus kedapur..... sebab bahan2nya memang dah ada dan takut expired pulak.Muffin ni mmg mewah dgn rasa coklat,sbb pakai tepung sedikit saja...tapi bila dah masak dan keluar oven nampak macam gunung berapi dah meletup lah pulak..... rekahan terlebih sangat....w/bagaimanapun tetap sedap dan moist bila dimakan dan tak padan dgn rupanya....



Muffin Coklat
Sumber : Boxhousestudio -Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Share |

Isnin, Januari 05, 2009

Teh Dangdut

www.tips-fb.com

Minuman teh dangdut atau dipanggil teh candu ni...memang dah cukup popular pd warga FP & Blog...dah ramai kawan2 yg mencuba nya...first time.. kita pernah order minuman ni diwarung...bila tgk gelas minuman orng tu cukup menarik sekali...berlapis2 airnya,kita pun terujalah nk meng oder nya...bila rasa mcm teh tarik,cuma cara membuatnya ada kelainan...tempat kita dipanggil teh candu...masa nk order tu malu plk nk menyebutnye...belum lg sebut dangdut...kelakor...tp yg kita buat ni tak lulus lagi...sbb lapisan nya terapung kat atas...jauh sgt...mungkin tak cukup buihnye...layan jelah ye...malas nk buat yg lain dah....

TEH TARIK DANGDUT
Sumber resipi - Sumber Inpirasiku

Bahan-bahan ( 1 gelas )
2 uncang teh
3 sudu besarsusu pekat
2 sudu besar susu cair (option)
air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara ;

-rebus teh denagn setengah cawan air, pastikan teh tu pekat( jika sukatan air 1 cawan rebus sehingga aair rebus tinggal 1/3 cawan sahaja) . campurkan susu pekat dan cair dengan 1 cawan air panas lepas itu tarik sampai berbuih. kemusian tuang di dalam gelas. akhir sekali masukan perlahan-lahan air rebusan teh di dalam gelas. so jadilah teh dangdut.
Share |

Roti lapis berdaging

www.tips-fb.com

Hari tu ronda2 lagi kat fp dan blog kawan2...nak cari menu ala2 "simple dish" yg dibakar atau menu yang ala2 mengenyangkan....hasil dari rondaan tu,terserempak dgn menu kat blog "Ummi- Home Sweet Home"...masakan Ummi ni selalu menepati selera kita....dah byk kali juga mencilok resipi dari rumah Ummi ni....resipi ni dah seminggu diperam...baru petang ahad tu berkesempatan mencubanya....petang tu masak roti lapis berdaging ni dan buat teh dangdut....kenyang dahhh....malam tak yah makan lagi... konon2 diet....tapi dah bedal awal2....anak2 dan asben pun suka dengan roti lapis berdaging ni...diorng kata sedap....tukang masak pun hepilah...hilang penat..makanan yg dimasak dpt sambutan.... tima kasih Ummi dan yg empunya resipi...kita c&p je ye.....



ROTI LAPIS BERDAGING

Bahan:- (6 - 8 orang)

3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang - sy guna daging kisar jenama Ramly
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)-sy pun letak 2 sudu besar
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)- sy guna parutan cheese
marjerin untuk melenser loyang

Cara Menyediakan:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.
Share |