Selasa, Mei 24, 2011

Ketam Goreng Bertelur

www.tips-fb.com
Masak lauk apa untuk lunch hari ni kawan2...mesti yg sedap2 dan beraroma kan...tapi masakan yg simple pun tak kurang hebat nya kan...walau masak bening2 atau campak2 pun...orang kata kalau dah air tangan tu mmg dah sedapkan.Masakkan akak hari ni pun masakan ulang tayang je...dah pernah n3 disini...letak resipi sekali lagi disini ye....


Ketam Goreng Bertelur
Source: Hana@Hanamemories
Source: @Teratakimpian

Bahan-bahan

  • 3 ekor ketam - belah dua dan cuci bersih
  • Serbuk kunyit
  • Garam
Bahan Sos
  • *1/4 bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
  • 1 sb cili kisar - jika ingin pedas- akak letak cili kisar lebih sikit
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sk sos tiram
  • 1 biji telur - akak letak 2 biji telor
  • Garam dan gula
  • Hirisan daun ketumbar
Cara-cara
  • Gaul ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Goreng sehingga ketam bertukar kemerahan atau masak. Angkat dan toskan.
  • Toskan minyak. Tinggalkan sedikit utk menumis. Tumis bwg besar, putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Kacau sebentar. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
  • Masukkan ketam goreng tadi dan gaul mesra. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas ketam. Gaul sebati.
  • Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Share |

Isnin, Mei 23, 2011

Ayam Panggang Ala KR Lagi!!!!!

www.tips-fb.com

Dah makan malam semua...orang umah ni meratah ayam KR je malam ni...dah lama tak memanggang...teringin pulak sesekali.Tak buat mashed potato pun...malas punya pasal...makan bogel2 dgn kentang bakar je...sesekali ala2 diet gitew...tak makan nasi...bolih ke?...hehehe...dulu dah pernah buat ni disini...jemput makan...



Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang



Share |

Jumaat, Mei 20, 2011

Mee Hoon Goreng Taucu

www.tips-fb.com

Sarapan dimana?????.....akak sarapan dirumah je....hujung2 minggu mcmni mesti ramai yg membawa anak bersarapan diluar sebelum pergi beridah atau berjalan2 kan....


Mee Hoon Goreng Taucu
Sumber 1: Ayu @Curlybabe's Statisfaction
Sumber 2 : @Teratakimpian

Bahan-bahan:-
400g mee hoon direndam hingga lembut
*50g udang kering direndam
*3 biji bawang putih
*11/2 biji bawang besar
4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
5 sudu besar cili kisar
udang sederhana besar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
(*bahan kisar)

Hiasan:-
tauhu goreng dihiris (optional)
daun kucai-(optional)
telur dadar yang dihiris halus-(terlupa buat)
jus limau
cili jeruk
bawang goreng

Cara:-
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Share |

Selasa, Mei 17, 2011

Kek Kahwin BC 3 Tingkat (Stack & Tier) pulak.....

www.tips-fb.com
Minggu lepas membizikan diri untuk membuat kek kahwin yang bertingkat...dah lama impian terpendam...baru terlaksana...menggunakan basic warna putih,pink dan biru firus....kek yang menggunakan teknik basketweave roses dan ruffles...jom cuci mata...



Share |

Selasa, Mei 10, 2011

My Kenwood KMix...New Gajet....

www.tips-fb.com
Sebenarnya ada yang bertanya tentang kesudahan pencarian Mixer akak hari tu disini..
pada yg bertanya tu akak tunjukan disini lah ye...mula2 tu memang nak mencari si
KA yg comel lotei tu...tapi setelah diberitahu terperinci olih tokey kedai tu dan rujukan dr kawan2...hati dah beralih arah KMix ni...si KA tu ok gak...cuma 325W dan KMix ni 500Watt...jadi yg ni ganas sikit lah... kalau ada rezeki lebih bolih cari yg lebih gagah perkasa dan tahan lasak pulak lah macam heavyduty tu ye...nak tunjuk gak ni pd kawan2 yg bertanya...ni lah hasil kek pertama dr Kmix ni...ok ka?

Sumber dr google

Share |

Ahad, Mei 08, 2011

Red Velvet Cake....Resepi II

www.tips-fb.com



RCV lagi...dan lagi....selalu buat resepi dari Nina Suria@K.Om dr Brunei tu...semalam cuba resepi dari joy of baking pulak...resepi RVC dimana2 pun lebih kurang sama je...cuma kuantiti bahan2 nya je yang berbeza...resepi ni kek tak berapa besar sangat berbanding yg selalu buat...nak deko pun senang....cuba pulak deko yang berlainan...resepi ni akak amik dari dapur hana yang telah diterjemahkan...akak minta izin letak disini pulak ye...tq Hana...


Masa ni ada tetamu datang kerumah...bolih lah hidang kan bersama teh 'O' panas...jemput minum...





RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber III : @Teratakimpian

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut


Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.



Share |

Sabtu, Mei 07, 2011

Homemade Chocolate

www.tips-fb.com
Membuat Homemade chocolate untuk satu permintaan perkumpulan...yg bersaiz kotak besar dan sederhana...menggunakan compound chocolate yang sedap...proses membuatnya yg memerlukan ketelitian...ketekunan...kesabaran dan juga kreatif...




Homemade chocolate yang dah masuk kotak dan diikat riben


Share |

Ahad, Mei 01, 2011

Tiramisu Biscotti

www.tips-fb.com


Dah lama tak buat tiramisu guna lady finger ni..biskut nya dah lama tersimpan...dulu pernah buat tapi tak sempat nak masuk kan dlm n3 ni....masa ni buat ada acara BBQ family....dah 2 minggu sudah baru sempat nk publish kt sini...sesekali makan ni memang sedap menambah kan lemak dibadan kan...resepi mcm biasa amik dr Kak E@MyR...selalu buat yg guna sponge cake leh tengok kat sini dan sini...








Tiramisu Biscotti
Sumber 1: K.E@Myr
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Biskut lady finger/tiramisu biscuit




Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya












Nota:(dr K.Liza)
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap....
Share |