Khamis, Februari 26, 2009

Banana Crumb Muffins

www.tips-fb.com


Petang semalam,lepas balik dr ofis,sempat lagi buat muffin ni....dah lama sebenarnya nak menggodek muffin ni...bila ada masa nak buat, pisang pulak xde....bila dah beli pisang....x sempat plk nak buat....iishhk....tapi sekali ni beli pisang...terus menggodek.....takut pisang tu busuk...pisang ni,bukan tahan lama sangat.....muffin ni mmg sedap,gebu dan rangup bila dimakan...krapp...krupp....sbb diatasnya ada taburan topping....selalu anak p'puan x suka mkn muffin drp pisang,tapi bila buat ni,dia bolih makan 3,4 ketul plk...x rugi mencuba...mmg sedap....resipi ni ambik dr blog Diana(Koleksi Resipi Diana)........terima kasih D...akak c&p je yer...



BANANA CRUMB MUFFINS
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 10 biji)
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek
¾ cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan
1/3 cawan gula perang, dipadatkan (D guna Muscovado Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.

Nota D: D lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…


Share |

award dari Doc Inahar

www.tips-fb.com


Award ni dari Doc INAHAR'S COOKING TIME....akak mmg suka wat collection Award...sbb xyah nak jawab soklan....super duper chef ke?...hehehe....chef kat umah jer....kalau chef ni mogok...habislah semua kebuluran......terima kasihlah kerana sudi bagi award ni....terima kasih daun keladi,kalau ada bagilah lagi.....hehehe.....
Pada kengkawan yg lain...sudilah kiranya ambil award ni....kita share bersama...kitakan semuanye "CHEF".....
Share |

Selasa, Februari 24, 2009

Laksa Sarawak

www.tips-fb.com


Masa cuti ahad lepas masak laksa sarawak...pes nya kirim pada kawan yg bercuti ke sarawak...sebelum ni,tak pernah pun merasa laksa ni....bila tengok kat fp Madiha tuhari,menghidangkan laksa sarawak ni,teringin sesangat lah pulak nak merasanya....kat sini tak pernah lagi jumpa orang jual pes nya....bila dah dapat perencahnya,tu yg tak sabar nak memasaknya....tapi kita tak buat sambalnya...sbb rasa kuahnya pun dah ada rasa pedas.....resipinya c&p dr fp madiha...terima kasih Madiha dah tolong taipkan...akak malas nak taip balik ikut dr kertas resipinya...hehehe....


Laksa Sarawak

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya (MaDiHa guna 800 gm)
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan (MaDiHa guna santan kotak 400 ml + 100 ml air
2 liter air biasa
garam secukup rasa

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji

Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan


Gambar kat bawah ni lah pes laksa sarawak....dan buah tangan pen drp buluh dan Tabaloi,makanan ringan tradisi sarawak....terima kasih Amy.....


Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.


Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan
Share |

Sabtu, Februari 21, 2009

Chicken Bread Crumb Roll

www.tips-fb.com

Petang semalam buat chicken bread crumb roll ni,haritu teruja tengok kat umah ummi menghidangkan menu ni....dah lama berhajat nak buat...bread crumb pun dah lama tersimpan...takut expired plulak nanti....baru semalam berkesempatan...anak2 dan hb suka kalau kuih yg goreng mcmni atau dibakar.....lagi pun sedap dan mengenyangkan....betul kata ummi....terima kasih ummi tumpang c&p je yer.....tp ada tambah sikit bahan2nya....



Chicken Bread Crumb Roll

Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang - sy guna isi ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang) - x letak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus) - sy guna sebuk kari
  • 4 batang crab stick (dipotong dadu) - sy tambah
  • 1 cawan cendawan butang dlm tin(dihiris) - sy tambah
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya


Cara Memasak Inti:-
  1. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  2. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Share |

Jumaat, Februari 20, 2009

Vanila Flan

www.tips-fb.com

Musim panas ni,mmg sedap dan sejuk je tekak telan vanila flan ni....mmg sesuai kalau buat majlis hari jadi,kenduri kendara atau buat apa2 saja majlis jamuan...tapi kena bubuh dlm bekas mcmni.....senang nak makan,dah makan terus buang.....buat pun mudah jer.....

Vanila Flan

Bahan2:
60g vanila flan - bolih beli di kedai bakery
500ml fresh milk
1 kotak jeli strawberry jenama NONA atau ALSA

Cara:
masak sampai mendidih, tuang dlm individu bekas, biar sekejap, dah sejuk curah dgn jelly strawbery (resepi ni ada dibelakang kotak jeli strawberry NONA/ALSA )

*flan ni rasa dia seakan-akan dadih sikit....tapi lagi sedap dari dadih....struktur nya lembut...
Share |

Petola Tumis Air dgn Cendawan

www.tips-fb.com

Petola tumis air dgn cendawan + suun + fucok ni,mmg sedap makan musim panas ni...pekena pulak dgn sambal telor tu,mmg x toleh dah....wakakaka....




Petola Tumis Air dgn Cendawan

Bahan2:
1 batang petola - dibuang kulit luar
6 biji cendawan tiram kering- direndam dan dipotong2
2 keping fucuk - direndam dan dipotong2
1 bungkus suun - direndam
1 bibi cili merah - dihiris
2 butir bawang merah - dihiris*
2 butir bawang putih - dihiris*
Sengenggam udang kering*
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara:
> Tumis bahan2 yg bertanda (*) hingga wangi
> Masukan air secukup nya dan bila mendidih masukan cendawan,fucuk dan suun
> Bila bahan2 tu dah agak lembut,masukan petola,cili hiris,garam,lada sulah
> Biarkan mendidih seketika hingga petola agak2 lembut sedikit.
Share |

Sambal Telur Sempoi

www.tips-fb.com

Sambal telur ni pun masak pada hari yg sama dengan ikan singgang serani...dah lama x masak sambal telur ni....sesekali makan mmg mengancam jugak...yg ni mmg lauk feberet anak perempuan....selalu goring dulu telurnye,tapi ni x goring....
Share |

Singgang Serani

www.tips-fb.com

Hari ni masak lauk sempoi2 je...tekak rasa nak makan menu yg mudah dan ringkas yg berkuah dan sedap dihirup....,yg ada rasa masam2.....lagipun dah buntu nk masak ape juga ni...masak apa yg ada dlm stok aje....ikan singgang serani ni mmg sedap dihirup kuahnye...resipi dr CMG kita tu...terima kasih ye Mat,akak c&p je....



Singgang Serani

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol sederhana besar- guna ikan kembung
3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "MAGGI"- sy x letak
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa dan secubit gula
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam biji*
10 biji cili padi*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*)..Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk bersama serai, tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi dan ulam2, kalau nak pedas lagi boleh dimakan bersama sambal belacan...
Share |

Khamis, Februari 19, 2009

Gulai Rebung Dgn Ikan Tenggiri

www.tips-fb.com

Hari cuti tu,teringin nak makan gulai rebung....jalan2 kat pasar malam Tmn Melawati,terjumpa rebung terus sambar 2 bungkus....esoknya terus masak bersama dgn ikan tenggiri...dah lama x masak gulai rebung,ni yg tingin sangat ni.....



Masukan juga resipinye yg sempoi ni ye....semua org biasa masak lauk ni...saje je nk wat rujukan pd org yg x bisa mkn lauk ni....eheheh...ada ke yg x pernah mkn rebung ni....sedap tauuuu rebung ni....rugi kalau x makan....hehehe....


Gulai rebung ikan tenggiri

Bahan:
2 bungkus rebung - dicuci bersih dan toskan
3-4 keping ikan tenggiri/kembung
10 biji cili padi /atau lebih*
1 biji cili masak*
3 biji bawang merah*
1 inchi kunyit hidup*
2-3 batang serai
1 helai daun kunyit
santan kelapa- ikut kepekatan
garam secukup rasa
1 hiris Asam keping

Cara:
> Blend semua bahan2 bertanda (*)
> Masukkan bahan2 blend kedalam periuk dan tuangkan santan
> Masukkan serai dan daun kunyit dan garam secukup rasa
> Kacau sehingga mendidih
> Setelah mendidih,masukkan rebung dan biarkan mendidih lagi
> Masukkan ikan dan asam keping dan kecilkan api,renehkan dan biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga ikan masak.
Share |

Tag dari Japan dan dari JB....

www.tips-fb.com
Hari ni kena jawab dulu Tag yg tertangguh tu...yg satu ni dtg dr negara matahari terbit..jauh tu..... dan lagi satu dr JB....dua orang yg beri tag ni dr Aishah Japan dan Nina -sweetliliy's kitchen...terima kasih ye Aishah dan Nina atas ingatan kamu berdua....nasib baik tag ni senang nak jawab....


Rules:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.




Gambar ni adalah salah satu dr gambar lukisan yg diminati....kerana melambangkan kasih sayang seorang ibu dan anak....ok ye kedua2 nya dah siap h/work...

Kita x panjangkan tag ni kerana rasa2nya dah ramai yg dah kena tag ni......
Share |

Isnin, Februari 16, 2009

Choco Mousse Brownies

www.tips-fb.com

Hari cuti ahad baru ni buat choco mousse brownies....sbb dah lama juga KIV...kadang2 tu,lain yg dirancang,lain pulak yg dibuat...kdg2 dah nk masuk dapur nak menggodek,ada saja bahan yg tak cukup...pada masa ni...bahan2 semuanya dah cukup dan angin 'R' pun bolih tahan..bolihlah jalankan projek....resipi ni dr Yani MyResipi....tapi kita c&p dr umah Hajar kat Bradford UK nun...haritu terliur tgk Hajar menayangkannya.... macih ye Hajar....




Choco Mousse Brownies

Bahan Untuk Brownies
45 g butter
65 g gula halus
1 biji telur
50 g tepung gandum*
1/2 st baking powder*
1 sb serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse
140 g coklat masakan
1 sb halal gelatin/2 st serbuk agar2(kita guna vegegel)
100 ml air
2 biji putih telur
200 g whipping cream
40 g gula halus

UNTUK BROWNIES
1. Panaskan oven pada suhu 190 C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang/putih.
3. Masukkan telur, pukul lagi lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dlm adunan hingga habis dan digaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek

UNTUK MOUSSE
1. Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit.
2. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
3. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental.
4. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim.
5. Satukan coklat tadi bersama whipping cream ke dlm putih telur, kacau perlahan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang brownies tadi.
7. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras.
8. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.


Share |

Sabtu, Februari 14, 2009

Mee kari udang

www.tips-fb.com

Lewat tengahari tadi,masak lah mee kari kegemaran HB ni....buat lebih...untuk jamu kawan2 anak sekali yg bertandang dan goreng keropok lekor yg anak beli masa pergi bercuti ke Cherating 3-4 lepas...buat lebih..jawabnye merangkap sampai ke malam lah menu ni...lagipun hb x makan malam....tulah malas nak masak ni...kang membazir jer...ciktong yg kenyang.....

Mee kari udang

Bahan-bahan:
Mee kuning
1/2 kilo udang hidup (basuh& direbus bersama kulitnya & dikopek...ambil airnya)
Rempah kari (sy guna rempah kari Babas udang & ikan)
2 peket fish ball
kerang direbus dan dikopek (sy x taruh)
2 peket tahu kering yg dah siap digoreng (dibelah tiga)
1 mangkok santan, air asam jawa (agak2 masamnye)
1 kiub ayam maggie (jika suka)

Bahan tumbuk (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
minyak utk menumis

Bahan sampingan utk tabur
udang yg telah dikopek tadi
1 ikat sayur sawi (dicelur)
telur rebus -dibelah dua
cili merah potong (jika suka)



Cara:
>Panaskan minyak,masukkan bahan tumis yg ditumbuk tadi,tumis hingga kekuningan sedikit
>Masukkan rempah kari,didikacau hingga naik minyak.
>Curahkan air udang dan sedikit air biasa (agak2 kuahnya)dan air asam jawa,biarkan mendidih sekejap.
>masukkan santan,kacau bila kuah mendidih sekali lagi masukkan fish ball,tahu kering yg dipotong
>kacau sekali sekala ,tambah garam ikut rasa.
>Bila mendidih sekali lagi boleh lah diangkat
>Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari....sedia untuk dimakan......
Share |

Jawab Tag dr Zana - INSPIRASIKU

www.tips-fb.com
Maaflah lah Zana...terlewat nak jawab Tag dr cikgu ni...nanti kena rotan pulak dengan cikgu ni...ataupun kena pial telinga....hahaha...terima kasihlah atas ingatan...


**RULES***
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
***END***


What were you doing 5 years ago?
Macam cikgu jugak...masih belum keluar dari dunia yg sama...masih bekerjaya...mengejar masa...membesarkan anak2 yg kian meningkat dewasa dan bersaing untuk mengukuhkan kerjaya...

What were the 5 things on your list today?
Hari ni kan hari cuti...mmg banyak aktiviti didlm rumah yg x berkesudahan....
1.Pagi...Kutip kain baju dan basuh....sidai
2.Buat sarapan pagi yg mudah2 je...
3.Kemas rumah....siram dan intai2 pokok bunga....sambil menyapu dihalaman...
4.Masak mee kari dan jamu kawan2 anak yg bertandang sekali...hari ni x masak nasi....cuti mkn nasi....
5.Dpt panggilan dan berborak2 ditalipon dgn SIL yg tinggal Seremban...berborak hampir 1 jam ...byk bil tu...sampai panas telinga....

What are 5 snacks that you enjoy?
1.Segala jenis kerepek/kekacang
2.kek
3.Puding yg berkuah dan sejuk
4.keropok lekor
5.Cempedak/pisang/keladi/keledek goreng

What are 5 jobs you've had?
1.Isteri
2.Ibu
3.Pekerja diofis
4.Pekerja dirumah
5.Peneman berbicara

Tag ini x di panjangkan untuk dijawab....rasanye dah ramai yg kena Tag ni...selamatlah kwn2 semuaye dr menjawab Tag ni.....dan diharap cikgu Zana berpuas hati...ye cikgu....hehehe..



Share |

Khamis, Februari 12, 2009

Sardine Puff

www.tips-fb.com

"Puff pastry" masih tak habis lagi.....tempohari tamak.... rembat sampai 5 pek....masih ada baki lagi...masa cuti ahad baru ni,buat puff sardin pulak....senang sesangat bila ada pastri segera ni...memudahkan kerja dan cepat utk dimasak dan cepat dimakan....ehhh macam iklan mee segera pulak...hehehe...resipi ni kita c&p dr umah CMG kita tu...terima kasihlah yer....



SARDINE PUFF

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack "puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang
1/2 cm halia, dicincang
2 biji cili padi, hiris halus
1 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan mix vege
1 kuning telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
  2. Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah mix vege dan juga kicap cair. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam pinggan. Biar sejuk.
  3. Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, potong 1/2 supaya menjadi 3 segi. Satu bahagian dikelar2 sedikit dan satu bahagian diletak inti kurang lebih 1 1/2 camca teh. Tutup dengan bahagian yang berkelar dan tekan tepinya dengan garfu supaya bercantum. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentaga. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff pastry kita naik lagi gebu dan bersarang.....
Share |

Sotong hitam manis

www.tips-fb.com
Sotong hitam manis ni,mmg kegemaran anak2.....dah lama tak masak lauk ni....mereka selalu bertanya..."mama bila nak masak lauk sotong hitam tu"....dengar pun gelihati...w/pun hitam2 sitampuk manggis...tapi tetap jadi pujaan hati mereka...mcm bermadahlah pulak....hehehe.....layan dulu gmbrnya ye....masaknya main campak2 je....
Share |

Selasa, Februari 10, 2009

Ayam Seri Inai

www.tips-fb.com

Tuhari ada ternampak kat bog Ummi ayam seri inai ni...nampak macam sedap....bila dah cuba masak,memamg sedap pun....ada juga terpandang kat dlm majalah saji tuhari.....tapi nak senangkan c&p je dr umah ummi ni....malas nak menaip panjang2,bolihkan Ummi....tima kasih...

Ayam Seri Inai

Bahan:-
1 ekor ayam (potong lapan)
750 ml santan pekat
250 ml air (optional)
sedikit minyak untuk tumis
Bahan Giling Halus:- (*ummi kisar je)
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
7 biji buah keras
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit kunyit hidup
1 keping kecil asam gelugor (*ni ummi tambah)
sedikit gula (*ni ummi tambah gak - optional)
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan rebus separuh masak. Angkat dan toskan. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, pijarkan minyak dan tumis bahan giling sehingga wangi. Kemudian masukkan ayam, santan, asam gelugor dan sedikit air (jika perlu). Kacau rata, masukkan garam dan masak hingga pekat. Angkat dan hidangkan mengikut kreativiti anda..



Share |

Daging msk lemak cili padi

www.tips-fb.com

Semalam masak lauk ni untuk makan tengahari....dah lama x pekena dgn lauk ni,teringin plk nak makan....tempohari ada my sister jemput makan tengahari dirumah nya,dihidangkan lauk ni...itulah yg terasa2 lagi nak makan,kalau orang lain masak atau bagi kat kita....mmg sedapkan...
Share |

Isnin, Februari 09, 2009

Kek butter belang

www.tips-fb.com

Resepi asal dari Chef Noraini,tapi saya copy aje dari Jasmeen fp..minta maaf ye Jasmeen..jangan marah ye....tapi saya tukar warna choc emulco dan strawberry paste..sbb warna merah x ada dlm stock..tp rasa strawberry lah pulak...kek ni mmg sedap..gebu dan moist...dan sy bawa sket ke ofis utk di rasa oleh kawan2...dan bg pada jiran..



Butter Belang - by Chef Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com)
(saiz loyang 8 X 8 X 3)

Bahan-bahan
250gm butter
220 gula castor
4 butir telur gred A
220 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila
50ml air
Pewarna hijau, kuning & merah

Cara-cara:
> Pukul mentega & gula hingga kembang
> Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
> Masukkan esen vanila
> Masukkan tepung gandum yang telah diayak dgn baking powder & pukul sebati
> Masukkan air..gaul sebati
> Bahagikan kpd 3 bahagian (warnakan setiap bahagian dg pewarna)
> Sapukan loyang dgn mentega..senduk 1 bahagian hijau > kuning > merah...ulang proses sehingga habis adunan
> Bakar selama 45 min (panaskan oven 10 min sblm membakar)
Share |

Banana Banana Bread

www.tips-fb.com

Olih kerana teruja dgn hidangan kat rumah Zana tempohari,maka terhasilnya menu ni. Kepada sesiapa penggemar pisang.....banana banana bread ni memang memikat selera....namanya pun berganda,maka kesedapan nya pun berganda juga....rasanya pun lembab...x seperti kek pisang yg biasa....memang moist lah...resipi ni c&p je dr blog Zana,asal dr koleksi resipi Diana..terima kasih kedua2nya...Zana selongkarlah resipi yg sedap2 lg ye....hehehe...



Banana Banana Bread
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula perang
2 telur, dipukul sedikit
2 1/3 cawan pisang, dilenyek

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'C. Sapukan mentega dan salutkan dengan tepung loyang loaf berukuran 9 x 5 inci.
2. Dalam mangkuk yang besar campurkan tepung gandum, baking soda dan garam.
3. Dalam mangkuk mixer, pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Kemudian masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Masukkan adunan pisang yang telah disediakan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi dan gaul sekadar ia sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang. (D taburkan permukaannya dengan oats). Bakar selama 60 - 65 minit sehingga lidi penguji keluar bersih. Biarkan ia sejuk selama 10 minit, kemdian boleh diterbalikkan diatas redai.
Share |

Ahad, Februari 08, 2009

Awards 4 in 1 dr INAHAR'S dan ANAWAHID

www.tips-fb.com
Ini nak ucapkan terima kasih pada Ina dari INAHAR'S COOKING TIMES! DAN ANAWAHID (MARI....JOM SINGGAH) kerana sudi bg awards satu lori....hehehe...sekali bagi sampai 4 awards...x muat lori ni nak angkut...dan kepada sesiapa pengunjung blog ini yg belum angkut...sudi2kan lah yer buat koleksi....jgn malu2, awards2 ni semuanya cantik2...rugi kalau x ambik....





Share |

Khamis, Februari 05, 2009

Lempeng Tuna

www.tips-fb.com

Lempeng Tuna buat untuk sarapan pagi.....tapi x bubuh tuna,gantikan dengan sardin...sedap jugak....makan panas2...dgn minum nescafe panas....ehmmm....enak nya....resipi ni c&p dr Blog Ummi....resipi asal dr K.Liza...tima kasih kedua2nya....ada juga nampak terhidang kat dapur Jun tu.......


Lempeng Tuna

Bahan-bahan:

1 tin tuna/sardin (ummi guna mild tuna) -sy guna sardin
2 cawan tepung gandum
1 biji telor (*ummi letak 2 biji) - sy pun sama
1 cawan susu segar
3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil baking powder
1 batang carrot kecil (parut)
1 biji cili merah (cincang)
1 biji cili hijau (cincang)
2 tangkai daun bawang (racik)
garam

Cara Membuat:-

Cincangkan/hancurkan tuna/sardin.
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
Panaskan kuali leper (non-stick pan) dengan api perlahan.
Ratakan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk adunan. Ratakan.
Bila sudah nampak masak, terbalikkan sebelah yang lain.
Bila kedua-dua belah sudah masak, boleh lah diangkat dan hidangkan panas-panas.


Share |

Rabu, Februari 04, 2009

Mee Hailam

www.tips-fb.com

Dah lama x makan mee hailam ni....mee hailam ni masak untuk makan malam....xnak makan nasi konon2nye....sesekali bolihlah...kalau hari2 x jumpa nasi,mau pengsan dibuatnye...tekak melayu lah katakan......hehehe...resipi ni ambil dr Nurkas fp kat S'pore nun...terima kasih Nur.....


Mee hailam

Bahan-bahan:

Minyak masak
3 cm halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
2 sudu besar cili kering kisar
200 gm daging lembu (sy x letak )
200 gm sotong,dibersihkan dan dipotong melintang
200 gm udang,dibuang kulit dan urat
200 gm isi ayam,dihiris nipis
60 ml kicap pekat (ikut kepekatan)
sos tiram (jika suka)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 600ml air atau ikut kepekatan
300 gm sawi,dipotong 4 cm
150 gm kobis~dihiris lebar

2 biji tomato ~ dibelah 4 (jika suka)
1 biji carrot ~ dihiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada putih sebuk
1 kg mee kuning

Bahan tambahan:
1 tangkai daun saderi/sup,dipotong 1 cm
3 tangkai cili merah,dihiris hiris

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dikuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar
2. Tumis sehingga berbau wangi
3. Masukkan daging,sotong,ayam dan udang
4. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga bahan2 tersebut agak masak
5. Perasakan dgn lada sulah,kicap pekat,sos tiram dan serbuk perasa
6. Campurkan bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata
7. Masukkan sawi,kubis dan carrot,kacau sehingga rata
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar.Pastikan cukup kuah...jika terlalu pekat bolih tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang.Jika belum makan mahu makan...jgn dicampurkan terus meenya kerana takut mee akan mengembang
10. Akhir sekali...semasa menghidang tabur dgn daun saderi/sup/daun bawang,cili merah potong/bawang goreng.
Share |

Sup ayam berkentang

www.tips-fb.com
Share |

Sambal terung telunjuk

www.tips-fb.com
Share |

Ahad, Februari 01, 2009

Choc moist cake

www.tips-fb.com


Kita nak tunaikan janji....tadi siaran tergendala sebentar...hehehe...kek ni buat utk kawan ofis, sempena pernikahan adiknya....saja nak buat makan2 untuk adik beradiknya....dia tergerak hati nak suruh buat,bila dah tengok kawan yg lain pernah kita buat untuk mereka tempohari...kawan ni nak deko dan kalor yg sama juga,tapi pembuatnya ubah tang bentuk dan bunganya...jemu plk tengok deko yg sama je kan...deko yg simple2 je..nak lembutkan jari jemari yg kerastangan ni....resipi ni kita c&p dr Rinn FP dan resipi asal dr Misliha FP...terima kasih kedua2nya.....




CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur


Diayak:
250 gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-cara:

1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang,
masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate +
baking powder berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu
ke 150 darj bergantung pada oven masing-masing.



Share |