Ahad, Januari 30, 2011

Blueberry Chilled Cheese Cake

www.tips-fb.com


Seharian hari ni hujan memanjang hingga kemalam...bila tengok berita kt TV banyak negeri yg dah banjir....entah mcmana kalau terjadi kat diri kita kan...kesian mereka dgn anak2 yg masih kecil...dalam hujan2 diluar...hari ni memprojek kan cheese cake plk...dah lama benor tak mencheese kek..sesekali teringin plk tekak ni dgn rasa kek yg masam2...blueberry filling mmg dah lama bertapa dlm petiais.Non bake cheese cake ni ubah suai dr resepi black forest cheese cake yg pernah dibuat dulu bolih tgk kat sini...cuma tak letak pitted black cherries dan ada ubah suai sikit tentang kuantiti bahan2 nya...akak letak resipi sekali lagi disini...abaikan gambar yg berjalur2 ni ye...kamera ni dah meragam plk dah...nak mintak DSLR kot...hahaha..


Blueberry chilled Cheese Cake

Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan A:
180 gm biskut mudah hadam - akak guna 12 keping biskut disgestive
95 gm mentega
Loyang springform 6 atau 7 inci- kalau guna 8 inci kek jd nipis sikit

Bahan-bahan B:
100 ml krim putar(whipping cream)
100 gm/ml low fat blueberry yoghurt
250 gm krim keju
120 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin "halal"*
100 ml air panas*
- *campurkan dan kacau hingga jernih...sejukkan selama 5 minit

Topping:
200 gm blueberry filling - pilih yg ada biji2 blueberry
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"



Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 6-7 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan dan kacau rata.- akak panaskan dlm m/wave
  3. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat kemudian campurkan yoghurt dan gaul sebati.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra + yoghurt tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim putar + adunan yoghurt keatas adunan biskut dan ratakan.Kemudian sejukkan semula dlm petiais selama 3-4 jam. Bila dah dikeluarkan hiaskan dgn topping untuk dihidang.
Untuk Hiasan:
-Satukan gelatin dgn air panas dan kacau hingga gelatin larut kemudian satukan dgn blueberry filling.Kacau rata dan bolih digunakan utk menghias atas kek tadi.

Share |

Sabtu, Januari 29, 2011

Tahniah Yatie@Sinar Kehidupan

www.tips-fb.com

Tahniah diucapkan pada Yatie@Sinar Kehidupan kerana telah berjaya mengumpulkan follower yang ke 1000...dan tak akan terhenti disitu...diharap Blog Sinar Kehidupan akan terus sukses berkongsi resepi yang terhebat dengan rasa ikhlas...tahniah sekali lagi!!!!!










Share |

Khamis, Januari 27, 2011

Menu Hari Ini Yg sempoi

www.tips-fb.com

Menu dinner hari ni masak lauk yg sempoi dan yg terasa tekak nak makan...biasa lah waktu bekerja kan... terkejar2 waktu yang singkat untuk kedapur...layan menu ulang tayang je...sotong goreng kunyit,asam pedas ikan tenggiri dan petola tumis air...hb laju je makan bertambah..hehehe...




Sotong Goreng Kunyit

Sumber: Wana@Potret Kasih

400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan

1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Asam Pedas
Resepi: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri keping
2 biji terung atau bendi
Daun kesum
1/2 cawan jus asam jawa
Cili kering yg telah direbus*(agak2)
3 biji cili merah*
Sedikit kunyi hidup*
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(kisar)
Air secukup nya


Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan kisar hingga naik harum dan masak sekejap.Tambah cili kisar dan sedkit garam,masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan masukan daun kesum.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.tambah terung atau bendi.Masak hingga ikan masak.Rasa jika perlu tambah garam.
  3. Kalau suka bolih juga letak terung,bendi atau sawi jeruk.


Petola Tumis Air
Resepi: kzai@Teratakimpian

Bahan2:
1 batang petola - dibuang kulit luar
2 keping fucuk - direndam dan dipotong2
1 bungkus suun - direndam
1 bibi cili merah - dihiris
2 butir bawang merah - dihiris*
2 butir bawang putih - dihiris*
Sengenggam udang kering*
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara:
1. Tumis bahan2 yg bertanda (*) hingga wangi
2. Masukan air secukup nya dan bila mendidih masukan cendawan,fucuk dan suun
3. Bila bahan2 tu dah agak lembut,masukan petola,cili hiris,garam,lada sulah
4. Biarkan mendidih seketika hingga petola agak2 lembut sedikit.

Share |

Ahad, Januari 23, 2011

Lapis Roti Berdaging

www.tips-fb.com
Ni lah kudapan buat minum petang tadi...ada lebihan roti yang hampir nak expired...maka jadi lah projek bakar membakar...bahan2 pun memang dah ada...tengahari masak sempoi ulang tayang je...cuaca petang ni agak mendung...memang sedap layan roti lapis daging ni dengan teh 'o'...kenyang sampai kemalam...malam dah tak jamah nasi dah...dah kenyang dengan penangan roti lapis ni...penghuni dirumah ni memang suka layan menu macam ni dan makan dengan sos cili...dah pernah dulu cuba resipi ni kat sini dan dah hampir2 lupa nak mengulang tayang semula...


Lapis Roti Berdaging



Sumber: Umi e@MyR

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser



Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


Share |

Sabtu, Januari 22, 2011

Koleksi Buku Resipi Termahal

www.tips-fb.com
Hari ni ada selingan sikit untuk kongsi cerita dr buku resipi termahal yang pernah akak beli.Buku resipi ini adalah hasil dr olahan air tangan Tengku Puan Pahang Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Membeli buku resipi ni banyak munafaat nya...selain bolih merasa resipi2 dr air tanganTuanku Puan Pahang...kita juga sambil menderma utk tabung IVF tajaan dr beliau..semua orang arif ttg tabung ni kan yg begitu popular diwarwarkan suatu masa dahulu..utk membantu pada pasangan yg susah mendapat cahaya mata setelah bertahun2 berkahwin...beliau melancarkan tabung ni dr masaalah beliau sendiri yg susah mendapatkan zuriat pd masa itu..tapi berkat usaha beliau sendiri skrg beliau telah mempunyai ramai zuriat.Buku ni akak beli di MPH dengan harga Rm199 dan lagi Rm1 mencecah Rm2oo..takpe lah beli sambil menderma serupa mcm menolong juga kan...masa tu pun buku ni susah nk dpt sbb dh kehabisan stok..masa tu akak booking dulu di kedai tu.Buku ni memang tebal dan mempunyai gambar2 yg cantik...setiap perenggan mempunyai daerah dan resipi2 tersendiri..mmg berbaloi membeli berbanding dgn harga nya.








Lihatlah betapa cantik nya beliau..seorang anak raja yg berhati mulia dan sanggup turun padang utk menolong raayat yg memerlukan..beliau mencari resipi dr tiap2 daerah diPahang termasuk dr daerah orang asli disana dan juga resipi dr Istana pahang sendiri utk di kongsi bersama...memasak...mengumpulkan menjadi resipi dan diterbitkan menjadi buku masakan Tradisional Pahang.









Diantara masakan popular Istana Pahang...Puding baulu Raja
Sebenar nya buku ni dah lama tersimpan dan hampir terlupa..bila senang2 nanti akak share resipi dr buku ni.

Wajah yang sungguh ayu dan tak jemu dipandang..skrg beliau dah memakai tudung

Tuanku Puan Pahang bersama anak-anak beliau


Hasil dari air tangan beliau

Gulai masam tempoyak ikan patin yg sungguh sedap


Share |

Tub Tim Grob (Red Rubies) Again!!!!

www.tips-fb.com
Ada lebihan buah water chestnut lagi...kali ni isian nya selain red rubies dan hirisan nangka...campur plk dgn sago pandan yg ready made...sedap makan sejuk2...cara buat ada kat sini yg buat hari tu...

Campuran red rubies,hirisan nangka,sago pandan dan susu segar + air gula

Share |

Rabu, Januari 19, 2011

Award dr Along Roz dan Anymz@Anim dan Ilahjy

www.tips-fb.com
  1. Hari ni baru kesempatan nak letak award pemberian dr Along , Anim dan Ilahjy...tima kasih pd yg memberi atas ingatan...takde kretip mane pun..ala2 je...ramai rasa nye dah dapat kan.

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-


PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.


Share |

Isnin, Januari 17, 2011

Kek Coklat Kukus Zaima (very moist)

www.tips-fb.com
Minggu ni mmg minggu kek coklat...kek coklat lagi...kelmarin buat utk tetamu tapi resipi yg berbeza...yg ni pulak permintaan untuk kawan2 anak yg menyambut hari jadi beramai2 diluar nun..layan je lah selera mereka2 tu...kek ni takleh nak potong sbb mereka2 tu yg punye...resipi yg cukup popular dan akak amik dr Blog Teratak Chetam tokey kek...tapi akak bakar cara waterbath...malas nak keluar kan kukusan...timakasih pd penyumbang resipi kek coklat yg moist ni.

Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Update: Khas buat Ekinjaja yg bertanya ttg BC utk tulisan atas kek

Buttercream (My Style)
Sumber: Nor@Secubit Garam
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek/tulisan atas kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila


Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco dan juga utk tulisan atas kek.


Share |

Ahad, Januari 16, 2011

Kek Choklat Moist

www.tips-fb.com
Ni semalam punya projek...tak sempat nak posing2 maut...sbb tetamu dah sampai.Jadi layan je lah kek yg tinggal balance ni saje,sbb dh bekal kan pd tetamu bawa balik.Sedap dan moist kek ni,tmbh lg bertoping..akak belah dua kek ni dan tengah2 sapu toping,kemudian toping lg kt atas nya dan keliling...kalau mkn mmg tak hengat diet...resipi dr Kak Izan@MyR .takde modal nk citer2...layan je gambar kek yg sedap ni..Tima kasih pd yg empunya resipi.

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair


Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

Akak guna toping yg ni

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional - akak tak letak

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Share |

Jumaat, Januari 14, 2011

Mihun Masam Manis

www.tips-fb.com
Selalu masak mihun biasa2 je...hari ni teringin nak masak masam manis plk...kadang2 tu buntu gak nak wat sarapan atau minum petang...kalau angin "M" dah datang..jawab nya main tunjuk2 jelah kt gerai bawah pokok kat kwsn umah akak tu..kat situ mmg segala neka kuih mueh dan mee segala bagai ada dijual...kena sediakan ongkos je lah..sedap2 gak kuih mueh disitu,tapi harga ada mahai sikit lah..lagi pun saiz kuih comel2 belaka..takde yg gedabak2...kena makan 3-4 biji baru terasa...di sbb kan sng dapatkan bekalan tu yg jadi pemalas bila nk wat kuih2 ni..ahli umah pun bkn nye ramai sgt...ooh lupa resipi mihun ni akak amik dr dapur Ummi..sedap mihun ni rasa masam manis sbb letak air asam jawa tu...tq ummi akak letak resipi kt sini plk.

Mihun masam manis
Sumber: Ummi @Home Sweet Home
Dirujuk: Teratak Impian
  • 1 paket mihun (*ummi guna cap Terung) - rendam dan toskan
  • 1 ikat sawi - kerat 2 inci
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 200 gm daging - dihiris nipis
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 camca besar udang kering - rendam air panas dan tumbuk
  • 1 paket fishball - belah dua (optional)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 4 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • 1 - 2 camca besar kicap pekat
  • 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
  • 1 camca besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
  3. Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
  7. Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.
Share |

Rabu, Januari 12, 2011

Tub Tim Grob (Red Rubies)

www.tips-fb.com













Tekak ni teringin sangat nak makan dessert Thai ni...mmg feberet dan susah jugak nak dapat kat sebarangan restoren Thai,blh tahan gak harga semangkuk...buat sendiri lagi puas makan...tapi tu lah kadang2 susah plk nak jumpa si buah sengkuang China ni..cari punya cari,jumpa kt satu supermarket.Selalu nya buah ni dibungkus dgn net merah,mcm net bungkusan bawang tu...resipi ni google punya google...terjumpa resipi dr Mat Gebu@MyR..tak tahu plk kt MyR ada resipi ni...ramai juga yg dah mencuba... dan terjumpa plk kt dapur Cik Manggis bolih juga tgk versi ni kt sini...jadi akak jadikan panduan pd kedua2 resipi ni...tima kasih semua...sebenarnya warna buah ni bila dh diwarna kan jadi warna merah mcm kt bwh tu...tapi kt dlm gmbr jadi warna ni plk...mungkin pencahayaan kot...tak kisah lah janji sodap masuk mulut...



Bahan-bahan

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) - akak guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya
  • Hirisan buah nangka dan buah kabung* (yg ni akak tambah utk hiasan)

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Pada yg tak kenal water chestnut...ini lah buah nya...gambar pinjam dr Pakcik google

Selepas diwarnakan dan dah direbus sekejap...



Share |

Ahad, Januari 09, 2011

Kek Alunan Kasih

www.tips-fb.com
Masih tak kebah lagi demam tsunami kek alunan kasih ni...akak ni sahut seruan dr nor@secubit garam dan tak mahu ketinggalan merasai...kawan2 ramai dah try...tak tau lah mungkin akak org terakhir kot..atau ada lagi ke kawan2 yg masih queue dlm list nk wat kek ni...mmg rasa puas hati buat kek ni..nk buat pun senang tak perlu berlayer berulang kali...akak buat ni petang tadi sbb kawan lama akak datang umah sambil sembang2 dan pekena teh...semua dah tahu sumber resepi ni dr Puan Mastura Yasak-FB(Kongsi Resepi)...tapi akak amik dr dapur Nor@Secubit Garam..sbb Nor dah menyeru2 kan...tima kasih semua nya...

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram
sumber:Kzai@teratakimpian

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga) - akak guna esen oren
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer - akak pun sama
susu cair K.Nor letak 1 cawan - pun sama
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Share |

Jumaat, Januari 07, 2011

Crabstick In Puff Pastry

www.tips-fb.com

Hari cuaca mcm suram2 je..kejap matahari bersinar..kejap mcm mendung,takut gak nak menjemur kain diluar..alih2 kang tiba2 merintik je hujan..kdg2 tak tentu masa dia nak turun,kadang pepagi kadang petang...kita yg asyik menjenguk keluar,kdg tak kedengaran hujan turun..time cuti2 ni kalau hujan bolih tarik selimut semula..ehhh..lps solat subuh lah sambung semula...

Ni pepagi buat sarapan ni je..keje pun senang, keluarkan je dr peti yg sentiasa setia menyimpan khazanah dapur tu...sebenarnya malas nak membuat inti2 bagai.Hari tu ternampak kt dapur Mat yang menyambut hari lahir hari ni...slmt hari jadi Mat..semoga lagi byk menghasilkan resipi2 yg melatopsss...tu yg dpt idea mencuba yg mudah2 je ni..bahan2 pun dah ada...makan panas2 dgn sos cili mmg juling mata...hahaha...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..

Dah ready utk pembakaran sebelum menyapu kuning telor...
Share |

Selasa, Januari 04, 2011

Banana Split

www.tips-fb.com
Bila cuaca dah bertukar panas memanjang ni...teringin plk nak makan aiskrim yg mmg popular dr dulu hingga skrg ni..tingat zaman muda remaja dolu2 menggilai aiskrim ni..zaman dolu2 ada jual kt A&w saje,tempat lain mmg susah nk jumpa...nastolgia betul bila tgk aiskrim ni...jom pilih yg mane satu...sila lah ye...

Banana split ihsan dr google...best nye


Bahan-bahan:
Pisang
Aiskrim
Coklat sos
Fresh cherry
Coklat rice,kacang panggang,fresh cream - utk hiasan
Bekas yg sesuai

Share |